Oleh : albanjariCerita awalnya mengejutkan, dan diangkat pula oleh sebuah laman otai sebagai satu tajuk berita dibawah tajuk ' Abu Bakar Chik sergah TGNA ', rujuk di sini, dari apa yang dibaca dalam artikel yang diterbitkan di laman itu, dapatan sumber asalnya adalah dari baganutama blog.
Sesungguhnya kandungan artikel yang menyifatkan Ustaz Abu Bakar Chik sergah TGNA yang dituliskan oleh penulis blog itu adalah TIDAK BENAR. Tidak berlaku sama sekali TGNA disergah oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Hal ini telah disahkan oleh beberapa pimpinan (AJK Pusat) yang turut berada di sepanjang Mesyuarat Khas itu berjalan. Dari apa yang saya hubungi sendiri menerusi telefon siang dan malam tadi., kesohihan maklumat yang diterima itu adalah sohih.
Artikel dibawah juga dirujuk. Hal yang sama juga ditulis oleh blogger pemburu syahid di sini. Oleh : Misbahul Munir [link]
[..] Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.
Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.
Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.
Begitu juga Tok Guru Mursyidul Am, saya lebih rapat dan kenali Tok Guru berbanding dengan para penulis blog tersebut. Malam selepas sidang DUN 28 Oktober, Tok Guru menghubungi saya melalui Setiausaha Politiknya untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN 28 Oktober, saya bercakap sendiri dengan Tok Guru dalam perbualan di telepon. Begitulah dengan yang lain-lain, setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat saya jauh lebih kenali mereka berbanding-banding penulis blog-blog tersebut.
Kalau saya mahu mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh menghubungi mereka semua. Tetapi itu kerja bodoh, tidak cerdik, buang masa dan tidak berakhlak. Apa hak saya ingin mengetahui perjalanan mesyuarat tersebut, yang penting apa keputusan mesyuarat terhadap isu tersebut, bagaimana cara mereka bermesyuarat, cara mereka berhujjah, tinggi ke rendah ke suara mereka, untuk apa saya tahu ?. Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat.
Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.
Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.
Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.
Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini.
Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya.
Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari, penulis blog PAS mesti menulis untuk membangunkan PAS dan menjadi pelapor yang betul kepada rakyat, bukan penyambung kepada pembohongan dan fitnah. Jadilah penulis yang membangun bukan meruntuh parti.


























































Blogger Muraisenja bagi anugerah kat wak..TQ

24 comments:
Saya ada membuat cabaran terhadap penulis blog tersebut, dan saya juga berjanji untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Ustaz Abu Bakar Chik tetapi tiada jawapan yang saya terima kerana bagi saya beliau sememangnya tiada teloq, jika penulis tersebuat seorang yang beretika dalam tuduhannya, pasti beliau menyahut cabaran saya itu.
lepas tu tuduh dr. aziz agen umno dgn bahasa yg xda adab...
blaja kat mana tuduh org mcm tu dpn org ramai?
bukan ke TGNA kata "pergi jahanam umnno"
so dr aziz geng jahanam?
memang alhusyen tak ada teloq
kepada blog bagan utama, bertanggungjawab la atas tulisan tu. terbukti apa yang ditulis adalah fitnah melampau dan sgt munafik
kalau dia seorang gentleman, tarik balik dan mintaa maaf bukan saja kepada bakar chik tp juga kepada semua ahli pas. kerana blogger munafik macam ni lah pas terus dinampakkan sedang bergelora dan tak dapat tumpu kepada usaha menjatuhkan bn
saya kata kepada blog ni, kalau dia terus buat fitnah, jgn sampai nanti masa nazak nak mati berlaku sesuatu yang mengaibkan. saya pernah lihat peristiwa seorang yang menabur fitnah hingga keharmonian sekampung, keluarganya an jiran tetangga berantakan, bila dia nak mati mulut tak habis2 keluar buih yang baunya meloyakan.
ingatan ini bukan saja kepada bagan utama, tetapi juga kepada diri saya, blog albanjari dan kepada semua blogger yang sekarang ni makin melampau fitnahnya terhadap pas.
Biasalah wak! Pelapor yang dapat sumber dari radio karat pro UMNO. Depa tambah Ajinomoto untuk penambah perisa selera. Kemudian campur cili api kampung supaya terasa pedas.
nape depa ni anti pimpinan tganu...
bloggers pembawa fitnah, neraka le tempatnya..nauzubillah...umno kite tau mmg musuh, tp depa musuh dalam selimut..org munafik
kepada blog bagan utama, bertanggungjawab la atas tulisan tu. terbukti apa yang ditulis adalah fitnah melampau dan sgt munafik
kalau dia seorang gentleman, tarik balik dan mintaa maaf bukan saja kepada bakar chik tp juga kepada semua ahli pas. kerana blogger munafik macam ni lah pas terus dinampakkan sedang bergelora dan tak dapat tumpu kepada usaha menjatuhkan bn
saya kata kepada blog ni, kalau dia terus buat fitnah, jgn sampai nanti masa nazak nak mati berlaku sesuatu yang mengaibkan. saya pernah lihat peristiwa seorang yang menabur fitnah hingga keharmonian sekampung, keluarganya an jiran tetangga berantakan, bila dia nak mati mulut tak habis2 keluar buih yang baunya meloyakan.
ingatan ini bukan saja kepada bagan utama, tetapi juga kepada diri saya, blog albanjari dan kepada semua blogger yang sekarang ni makin melampau fitnahnya terhadap pas.
percayalah penjelasan misbahul brkenaan isu ni takkan dimauskkan dalam blog-blog munafik tu.
bagi mereka , fitnah lebih mempunyai nilai berita berbanding maklumat benar
bagus.. angahnya!posting yg membela dalam keadaan kritikal.
salam.
jika ia fitnah,diharap ABC saman je blok tersebut....
x perlu cabar mencabar,saman je.
biar ia jadi satu ingatan pada blok yg lain....
jika ABC diam seribu bahasa...
lu fikir la sendiri.
aku dah agak dah mmg blog tue blog penyebar fitnah..albanjari tlg selidik sape tuan pnye blog tue..takut2 tue blog umno jer saja nk pecah belahkn pas n pr,x pn mamat pnye blog tue mmg jenis org munafik,klu zaman rasulullah dlu org camnie elok kene perang n bunuh jer..cam sial!!!
Dongeng Ust Abu Bakar Chik sergah TG Nik Aziz bagi saya adalah rekaan bloger-bloger munafiq fraksi UMNO sahaja, kerana ingin melihat PAS terus bergolak. Mereka cemburu melihat PAS semakin tenang selepas Menyuarat Khas AJK dan Seminar Politik baru-baru ini. Masyuarat tersebut tertutup dan rahsia, dan pasti bloger munafiq tersebut tidak mendengarnya dan tahu menahu mengenainya. Takkan ada di kalangan AJK PAS Pusat yang tak beramanah memberitahunya?. Berita yang tak bersanad (atau outus sanad) sebegini bertaraf hadith palsu, haram dipercayai. Apalagi berita tersebut jelas berniat jahat (tuduh Ust Bakar tanpa bukti) dan berusur asabiyah jahiliah (menghina orang terengganu). Sah ianya berita bohong dan pembawanya fasiq. Berwaspada dan berhati-hati dengan berita tersebut dan jangan menyebarkannya, ianya hanya fitnah. Besar disanya.
lg satu nk dapatkan kepastian psl Hasan Ali ckp pd tok guru dgn perkataan "you not god" tolonglah bantu sampaikan perkara yg bnar krn ramai di kalangan ahli pas sendiri yg percaya.ini smua propanganda umno..
Aku agak dah.....kesian ust.abu..saje je dorg nk bagi ust abu bakar chik ni kurus layan tomahan...Hehe..
Skrg ni,mmg dh strategi umno,serang Pas dari dlm...melagakn terengganu dgn kelantan...Yg sedihnya,bloger yg mengaku penyokong Pas,suke pula jd penyambung fitnah....Ini PAS kena bertindak pantas.umngok dah ade bloger2 yg mereka lantik,bg mereka tiket2 neraka..Kenapa PAS masih lembab nk lantik bloger,iktiraf mereka dan bg tiket syurga?sbg cadangan.seeloknye,bloger dok bwh unit IT pas...senang nk selaras..
Beringat2 la...Pimpinan kena ingat,PAS ni milik semua,kena kreatif,kena cergas...Ahli bawahan pula kena ingat adab berjemaah..Perjanjian madinah dulu,ummat Islam dh diajar bai3ah..Pernah juga berlaku dlm sejarah Islam,perang saudara sehingga melibatkan sadatina Aisyah..amek pengajaran..
Aku tetap sokong kepimpinan TGNA dan TGHA selagi mana dorg xlanggar syariat atau sesat...Kita ni berjemaah,kita jemaah Islam.Kenapa perlu menyalahkan INDIVIDU???jgn terlalu ortodok bfikir...
Ape yg berlaku dlm Pas hari ni,mmg ade hikmahnya..dari pemimpin hingga ke org bawahan..Ni sume KERJA ALLAH ta3la nk bersihkan jemaah..skrg sape kaki kencing,sape kena tarik kerandut kita dh nampak....KERJA KITA pula,teruslah menyokong kepimpinan dan bekerja utk kemenangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA...lakukn demi ISLAM..nasihat ni utk aku,klu ade pekdah utk korg,amek la....
p/s;simpan sikit...
-saddamalaya-
aku harap..blogers yang kononya penyokong PAS dihapuskan..aku sedia menjadi tangan yang akan menjahanamkan blogers2 ini..kononya penyokong PAS tapi merekalah ejen syaitan..ejen dajjal..munafik..sekali lagi aku nyatakan disini..aku rela ditugaskan untuk menjahanamkan mereka demi ISLAM...
KITA SEMUA TAHU PERANGAI abu hangus chik
KITA SEMU ATAU CARA DAN SIKAP ABC YG KURANG AJAR..terutama smsa seminar tempohari..tak nak tgk muka la kunun...
KITA SEMUA TAHU ULAMAK DALAM PAS SUDAH TERHOYONG HAYANG MACAM KELING MABUK
RAKYAT SEMUA TAU GENG TERENGANU DAH SAMPAI SATU TAHAP BESOR KEPALO sebab presiden dia ada chance nak pegang jawtan besar dlm kerajaan samada melalui pakatan atau umno
SUDAH LAH KEPADA SIAPA YG NAK MEMBELA ULAMAK PALSU NI...KITA SEMUA TAHU PERANGAI GENGE GENG PRESIDEN NI....
YANG PELIK MASIH ADA ORNG DOK PERTAHAN MEREKA NI.. KUNUN LEBIH RAPAT LA DGN SI ITU SI INI.... sampai lubang teluq pun dia boleh tau berkurap ke tak...
NAMPAK SANGAT KALAU DAH RAPAT SGT MESTI NAK MEMBELA JER ULAMAK PALSU
NI...
SUDAH JELAS PERANG ABC MACAM ANJING KURAP LEBIH HINA DARI ANJING GILA YG BERKELIARAN...TUNGU APA LAGI...
TAKAN NAK BIARKAN MACAM SI PAKAR BRAINWASH HASAN ALI TU...?
aku rasa semua rapat dengan umno je alah blog baganutama tu blog tulang besi, perisik rakyat dan al bakistani, alah malas nak tulis copy and paste je kn senang. yg penting dapat berkarya, skrg ni semua blog adalah kenalan rapat dengan ajk pas pusat, maklumat dalam kain pas semua mesti sampai ke tangan blogger, mcm msk kata senang je nak cari maklumat terutama dalam pas.
kenapa tiada kenyataan 'memunafikkan' blogger berkenaan dari mereka yang hadir mesyuarat khas tersebut?
apakah mereka sanggup membiarkan 'kemunafikkan' berleluasa?
bagaimana pula dengan:
1) "ana tak pasti sama ada tgna sudah meninggalkan mesyuarat atau belum"?
2) "nak kata sergah tak la".
kenapa tiada penafian dari mahfuz atau salahuddin? ustaz idris, mungkin orang tak boleh terima.
wallahu'alam
salam....
ops.. lari tajuk sikit.
tolong cerita bab bai'ah talak tiga wakil rakyat pas klau lompat-melompat. ada @ xada bai'ah ni.??
ramai org yg membaca akhbar dh mula ada unsur2 xyakin dgn pas. tolong jelaskan ye. kalau boleh jujur. kami org muda boleh menilai dgn rasional jika ada unsur ilmiah yg kuat.
satria-muda
salam al-banjari...
aku rakyat terengganu.aku kenal sape sebenarnye Abu Bakar Chik!
Kalau ABC berceramah,x sah kalau kalau die x mencarut & maki hamun orang...
sebab tu PAS Terengganu hany b'tahan 1 penggal shj,sebab rakyat trengganu sngt menyampah dgn geng2 Hj Hadi!!
PRU akan dtng pon belom tentu PAS dpt menawan terengganu balik sekiranya kepimpinan PAS terengganu tidak diubah.Rakyat terengganu sudah serik dgn perangai Geng Hj Hadi semasa diberi peluang utk mentabir terengganu!!
signal yng jelas ditunjukan oleh rakyat terengganu sngt jelas & nyata!!
SAMA ADA PEMIMPIN PAS TERNGGANU BERUBAH ATAU REBAH!
isunya kat sini sama ada betuk ke abu bakar maki hamun nik aziz
soal dia ceramah suka mencarut ke itu boleh debat dalam isu lain
tai skrg ni org yang duduk dalam organisasi tinggi pas pon akui tidak ada bakar chik maik hamun nik aziz
so takkan kita nak sokong fitnah
lu fikir la sendiri mangkuk
isu maki hamun pun, Anwar pernah maki hamun, Mat Sabu pun sama, debat topik lain lah, sekarang nie fitnah ke tak fitnah benda alah nie, blog baganutama kena dedahkan sumber dia.
Menulis berani, tanggungjawab taknak.
perak express pun dah jadi utusan meloya!
utk msk yg perasan bagus tu, siasat dulu kebenaran artikel sblm nak muatkn dlm blog perasan hang...
utk tpu, khakhh ptuihhh!!!! pasai hang bersekongkol dgn tulang besi dajal!
Salam....
dlm keadaan skrg....
kita bleh nampak belang / warna sebenar blog masing2.... :)
baca boleh...percaya jangan....
Mereka jadi paling PAS dalam PAS...then....sokong pemimpin A, kemudian maki pemimpin B....biar semua org jadi pening & tawar hati dgn PAS...
X salah menegur....tapi adab letak bawah bontot.
pisangemas81
Post a Comment