Bai'ah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat PAS menjadi isu tumpuan penulis blog hujung minggu lalu, malah Utusan Malaysia menjadikan rencah utama dalam slot berita akhbarnya, sehinggalah kepada terbitannya pada hari ini. Rujuk dibawah. Polemik ini mungkin dimulakan oleh penulis blog zul4kulim yang terkejut dan berterusan terkejut bila mengetahui akan wujudnya bai'ah tersebut.
Penjelasan Isu Bai'ah (2)
Oleh : MRK albanjari/albanjari
Inilah masalahnya apabila ada segelintir penyokong PAS dan ahli PAS yang gagal memahami perjalanan dan perjuangan parti yang mereka dokongi, begitu juga terdapat segelintir blogger yang mengaku sebagai blogger PAS dan mendokongi perjuangan PAS yang turut sama gagal memahami perjalanan dan perjuangan PAS itu sendiri.
Mereka ini sering melihat PAS dari persepsi musuh PAS iaitu Umno, maka kerana itulah PAS ini dipaparkan sebagai parti yang zalim dan sebagainya. Kini isu bai'ah PAS pula menjadi taruhan untuk dijaja serta dijual kepada khalayak, dimana seenaknya mereka mengkritik untuk melemahkan PAS.
Apa masalahnya dengan bai'ah talak tiga itu kepada para pemimpin PAS yang telah memenangi pilihanraya yang kini bergelar YB ADUN atau Ahli Parlimen ? Dimanakah zalimnya ?
Mohon perhati contoh ini, yang mudah untuk difahami. Sejurus kita selesai akad nikah kita akan diwajibkan untuk membaca ikrar atau taklik yang berbunyi
Antara lain tujuanya ialah untuk menjaga maslahat dan kebajikan isteri supaya para suami tidak menganiayai isteri dengan meninggalkannya sesuka hati kemudian menghalang para suami dari mendera atau memukul isteri disamping memberikan nafkah yang selayaknya kepada para isteri sesuai dengan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isterinya.
Langkah yang sama juga diambil oleh PAS untuk menegah dan menghalang setiap pemimpinnya yang telah memenangi kerusi dalam sesuatu pilihanraya agar tidak memudaratkan parti dan warga yang diwakilinya.
Langkah ini diambil setelah pihak PAS melihat sejarahnya yang silam apabila ada sebahagian ADUN-ADUNnya yang melompat parti dan runtuhnya kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu pada satu ketika dahulu akibat dari Adun-Adunnya melompat dan menikam PAS dari belakang.
Setelah melihat insiden melompat parti ini, bakal merubah lanskap politik PAS itu sendiri lalu ia mengambil pandangan daripada gerakan islam di luar negara bagaimana mereka dapat mengikat ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka daripada 'khianat kepada gerakan dan parti mereka maka diantaranya bai'ah talak tiga ini adalah salah satu daripada penyelesaiannya.
Bagi saya bai'ah talak tiga ni bukanlah rahsia kepada umum bahkan ia telah kerap kali diulang-ulang dalam siri ceramah di pentas ceramah para pemimpin PAS sejak dahulu lagi, bahkan saya sendiri telah acap kali mendengarnya dalam ceramah pimpinan di sekitar Perak, Selangor dan Pahang sejak sejurus pilihanraya lalu. Bagi mereka yang tidak pernah turun mendengar ceramah PAS tentunya akan merasakan ini adalah perkara baru bagi mereka kerana mereka sibuk menjadi blogger 'pencacai' yang menghentam PAS walaupun mengaku sebagai ahli PAS.
Bagi pengkagum dan ahli UMNO, PKR mahupun DAP mungkin inilah pertama kalinya mereka mendengar tentang isi kandungan bai'ah PAS.
Dalam isi kandungan bai'ah PAS ini bukan setakat isu talak tiga sahaja yang wajar dilihat, malah ia patut dilihat kepada keseluruhan kandungannya, bahkan turut disebut juga antaranya ialah apabila,
"saya mengkhianati parti dan melompat parti maka haramlah segala gaji dan pendapatan saya dan saya wajib meletakan jawatan sebagai ADUN / MP". Setiap perenggan yang terkandung dalam bai'ah ini juga dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi, wa Billahi dan Watallahi seperti layaknya sebagai satu sumpah yang menurut syara..'.
Cuba kita bayangkan hampir tiga tahun kerajaan PAS Kelantan yang mampu bertahan dengan kelebihan 1 kerusi memerintah Kelantan sebelum PRU 12 yang lalu diantaranya adalah kerana lafaz taat setia dan baiah ini. Para pemimpin PAS bergelar ADUN di Kelantan tidak ada seorang pun yang termakan dengan godaan berjuta ringgit dari Umno untuk mereka melompat parti kerana adanya bai'ah seperti ini selain dari taat setia dan amanah terhadap tanggungjawabnya terhadap parti.
Disamping mengikat seseorang pemimpin PAS itu dengan Allah swt. wajar juga ia diikat dengan persekitarannya seperti mengHARAMkan gajinya atau tertalak isterinya adalah merupakan kifarah yang terpaksa ditanggung apabila mereka mengkhianati parti, dan apakah itu tidak setimpal dengan perbuatan mereka?
Lafaz ini hanya akan terpakai apabila seseorang pemimpin PAS itu bertindak melompat parti dan begitu jugalah halnya dengan lafaz taklik perkahwinan kita yang hanya akan terpakai apabila kita meninggalkan isteri kita dalam tempoh yang tertentu atau kita menganiaya mereka dan mereka mengadukan perkara tersebut di mahkamah syariah. Jadi apa masalah besar kepada bai'ah ini ?
Bagi PAS inilah jalan yang terbaik untuk mencegah penyakit 'lompat katak' para pemimpinnya yang bukan mudah-mudah bagi mereka bertenggek dengan kemenangan yang mereka perolehi bersama PAS, dan akan meninggalkan PAS apabila mereka telah bergelar YB.
Zalim kepada wanita ?
Tidak timbul isu menzalimi wanita yang merujuk kepada isteri-isteri YB PAS sekiranya mereka masih istiqamah berjuang bersama PAS begitulah juga kepada pemimpin Muslimat PAS yang telah bergelar YB juga tidak terlepas daripada terus bersama menjunjung dan menggalas perjuangan PAS.
Bagi Umno dan segelintir pemimpin-pemimpin PKR dan para blogger mereka (baca blogger BPN dan sewaktu dengannya) yang tidak puas hati dengan bai'ah PAS ini, itu urusan mereka kerana mereka itu bukannya pemimpin pas yang melafazkan bai'ah tersebut, maka mereka tidak terkesan sedikitpun secara langsung dengannya.
Ada pendapat cukup sekadar lafaz lian dengan sumpah laknat sudah memadai untuk mengawal para pemimpin daripada melompat parti, lihatlah seperti 3 ADUN PKR yang melompat di Perak hingga tumbangnya kerajaan PR Perak dan seorang di Selangor, apa yang parti mereka boleh buat terhadap tindakan mereka ? Bahkan SPR sendiri pun menolak surat akujanji mereka. Maka isu seperti inilah dan kejadian seperti inilah yang menjadi sempadan kepada PAS untuk menjaga kestabilan parti.
Jika tidak sanggup untuk melafazkan bai'ah bersama PAS, maka tidak perlulah mereka ini dinamakan sebagai calon pilihanraya PAS, dan ia boleh diganti dengan nama-nama dan calon-calon lain, apa susahnya ? Yang susah ialah mereka yang dengan sengaja memandang dan memainkan isu ini dari kacamata mereka, lebih-lebih lagi jika mereka ini orang luar dari PAS.
Isu rumahtangga kita, mengapa perlu campur tangan orang ketiga ? Tapi kalau dah namanya musuh, mereka akan sedaya upaya melemahkan dan memporak perandakan keharmonian PAS setelah segala isu yang dijaja sebelum ini berjaya dirungkai satu persatu, maka terciptalah pula isu bai'ah ini, yang mungkin bagi mereka ia boleh meletupkan PAS.
Kepada mereka yang menyokong dan ahli PAS, sepatutnya tidak mempersoalkan bai'ah ini kerana ia bukanlah satu rahsia kepada ahli kerana ia telah diumum dan disebutkan dalam banyak ceramah para pimpinan sebelum ini cuma waktu itu ia mungkin ramai yang tidak perasan dan mendengar sambil lalu sahaja.
Mahukah anda melihat para pemimpin kita yang telah bergelar YB dengan mudah-mudah melompat dan mengkhianati undi anda, dan anda sebagai ahli PAS ? Lihat dengan mata yang terang, otak yang lapang, jika anda sebelumnya bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan mereka sebagi calon PAS, tetapi berbaloi-baloikah kerja dan usaha anda sebagai ahli PAS jika setelah kemenangan diraih, mereka semudah Osman melompat parti ? Sekadar contoh. Apakah anda tidak kecewa dan marah terhadap tindakan mereka itu jika pemimpin kita yang kita amanahkan melompat dari PAS ?
Terlalu banyak kebaikannya dari keburukan tentang bai'ah PAS ini kepada ahli dan penyokong serta organisasi PAS itu sendiri.
Kepada mereka yang masih buta hati tentang bai'ah ini, silalah mengundur diri dari terus membicarakan isu bai'ah ini kerana anda sebenarnya bukanlah ahli dan penyokong PAS dan bagi blogger yang mendakwa ahli dan penyokong setia kepada PAS janganlah menulis sesuatu yang anda sendiri tidak menjiwainya, dan janganlah pula anda salah seorang yang dilihatsebagai agen yang merosak dalaman parti !
Kita akan terus wala' kepada pimpinan selagi pimpinan taatkan Allah dan Rasulnya dan selagi pimpinan tidak menyuruh kepada kemungkaran dan menghalang yang makruf. Kita sewajarnya menyokong segala polisi yang difikirkan baik untuk memperkasakan organisasi parti dan bertindak untuk menentang segenap serangan musuh yang teringin melihat PAS porak peranda. Wallahualam.
(*) Artikel ini disunting semula dengan penambahbaikan oleh editor utama. Dilulus untuk siar terbit oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Pusat di albanjari Online.
Penjelasan Isu Bai'ah (2)Oleh : MRK albanjari/albanjari

" Apabila saya tinggalkan isteri saya, Safina binti Mochtar selama 4 bulan Hijrah berturut-turut dengan sengaja atau paksaan, atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang selayaknya kepadanya selama tempoh masa yang tersebut, pada hal dia taatkan saya, atau saya melakukan sebarang mudarat atau lazim menyakiti tubuh badannya, kemudian dia mengadu kepada Mahkamah Syariah, dan apabila sabit aduannya, di sisi Mahkamah Syariah, dan dia memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya SEPULUH RINGGIT maka pada ketika itu tertalaq dia dengan TALAQ KHULU' ( tebus talak ).."Apa tujuan kita ( para pengantin lelaki ) diwajibkan untuk membaca lafaz taklik berkenaan kemudian menandatangani taklik tersebut sejurus kita selesai akad nikah ?
Antara lain tujuanya ialah untuk menjaga maslahat dan kebajikan isteri supaya para suami tidak menganiayai isteri dengan meninggalkannya sesuka hati kemudian menghalang para suami dari mendera atau memukul isteri disamping memberikan nafkah yang selayaknya kepada para isteri sesuai dengan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isterinya.
Langkah yang sama juga diambil oleh PAS untuk menegah dan menghalang setiap pemimpinnya yang telah memenangi kerusi dalam sesuatu pilihanraya agar tidak memudaratkan parti dan warga yang diwakilinya.
Langkah ini diambil setelah pihak PAS melihat sejarahnya yang silam apabila ada sebahagian ADUN-ADUNnya yang melompat parti dan runtuhnya kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu pada satu ketika dahulu akibat dari Adun-Adunnya melompat dan menikam PAS dari belakang.
Setelah melihat insiden melompat parti ini, bakal merubah lanskap politik PAS itu sendiri lalu ia mengambil pandangan daripada gerakan islam di luar negara bagaimana mereka dapat mengikat ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka daripada 'khianat kepada gerakan dan parti mereka maka diantaranya bai'ah talak tiga ini adalah salah satu daripada penyelesaiannya.
Bagi saya bai'ah talak tiga ni bukanlah rahsia kepada umum bahkan ia telah kerap kali diulang-ulang dalam siri ceramah di pentas ceramah para pemimpin PAS sejak dahulu lagi, bahkan saya sendiri telah acap kali mendengarnya dalam ceramah pimpinan di sekitar Perak, Selangor dan Pahang sejak sejurus pilihanraya lalu. Bagi mereka yang tidak pernah turun mendengar ceramah PAS tentunya akan merasakan ini adalah perkara baru bagi mereka kerana mereka sibuk menjadi blogger 'pencacai' yang menghentam PAS walaupun mengaku sebagai ahli PAS.
Bagi pengkagum dan ahli UMNO, PKR mahupun DAP mungkin inilah pertama kalinya mereka mendengar tentang isi kandungan bai'ah PAS.
Dalam isi kandungan bai'ah PAS ini bukan setakat isu talak tiga sahaja yang wajar dilihat, malah ia patut dilihat kepada keseluruhan kandungannya, bahkan turut disebut juga antaranya ialah apabila,
"saya mengkhianati parti dan melompat parti maka haramlah segala gaji dan pendapatan saya dan saya wajib meletakan jawatan sebagai ADUN / MP". Setiap perenggan yang terkandung dalam bai'ah ini juga dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi, wa Billahi dan Watallahi seperti layaknya sebagai satu sumpah yang menurut syara..'.
Cuba kita bayangkan hampir tiga tahun kerajaan PAS Kelantan yang mampu bertahan dengan kelebihan 1 kerusi memerintah Kelantan sebelum PRU 12 yang lalu diantaranya adalah kerana lafaz taat setia dan baiah ini. Para pemimpin PAS bergelar ADUN di Kelantan tidak ada seorang pun yang termakan dengan godaan berjuta ringgit dari Umno untuk mereka melompat parti kerana adanya bai'ah seperti ini selain dari taat setia dan amanah terhadap tanggungjawabnya terhadap parti.
Disamping mengikat seseorang pemimpin PAS itu dengan Allah swt. wajar juga ia diikat dengan persekitarannya seperti mengHARAMkan gajinya atau tertalak isterinya adalah merupakan kifarah yang terpaksa ditanggung apabila mereka mengkhianati parti, dan apakah itu tidak setimpal dengan perbuatan mereka?
Lafaz ini hanya akan terpakai apabila seseorang pemimpin PAS itu bertindak melompat parti dan begitu jugalah halnya dengan lafaz taklik perkahwinan kita yang hanya akan terpakai apabila kita meninggalkan isteri kita dalam tempoh yang tertentu atau kita menganiaya mereka dan mereka mengadukan perkara tersebut di mahkamah syariah. Jadi apa masalah besar kepada bai'ah ini ?
Bagi PAS inilah jalan yang terbaik untuk mencegah penyakit 'lompat katak' para pemimpinnya yang bukan mudah-mudah bagi mereka bertenggek dengan kemenangan yang mereka perolehi bersama PAS, dan akan meninggalkan PAS apabila mereka telah bergelar YB.
Zalim kepada wanita ?
Tidak timbul isu menzalimi wanita yang merujuk kepada isteri-isteri YB PAS sekiranya mereka masih istiqamah berjuang bersama PAS begitulah juga kepada pemimpin Muslimat PAS yang telah bergelar YB juga tidak terlepas daripada terus bersama menjunjung dan menggalas perjuangan PAS.
Bagi Umno dan segelintir pemimpin-pemimpin PKR dan para blogger mereka (baca blogger BPN dan sewaktu dengannya) yang tidak puas hati dengan bai'ah PAS ini, itu urusan mereka kerana mereka itu bukannya pemimpin pas yang melafazkan bai'ah tersebut, maka mereka tidak terkesan sedikitpun secara langsung dengannya.
Ada pendapat cukup sekadar lafaz lian dengan sumpah laknat sudah memadai untuk mengawal para pemimpin daripada melompat parti, lihatlah seperti 3 ADUN PKR yang melompat di Perak hingga tumbangnya kerajaan PR Perak dan seorang di Selangor, apa yang parti mereka boleh buat terhadap tindakan mereka ? Bahkan SPR sendiri pun menolak surat akujanji mereka. Maka isu seperti inilah dan kejadian seperti inilah yang menjadi sempadan kepada PAS untuk menjaga kestabilan parti.
Jika tidak sanggup untuk melafazkan bai'ah bersama PAS, maka tidak perlulah mereka ini dinamakan sebagai calon pilihanraya PAS, dan ia boleh diganti dengan nama-nama dan calon-calon lain, apa susahnya ? Yang susah ialah mereka yang dengan sengaja memandang dan memainkan isu ini dari kacamata mereka, lebih-lebih lagi jika mereka ini orang luar dari PAS.
Isu rumahtangga kita, mengapa perlu campur tangan orang ketiga ? Tapi kalau dah namanya musuh, mereka akan sedaya upaya melemahkan dan memporak perandakan keharmonian PAS setelah segala isu yang dijaja sebelum ini berjaya dirungkai satu persatu, maka terciptalah pula isu bai'ah ini, yang mungkin bagi mereka ia boleh meletupkan PAS.
Kepada mereka yang menyokong dan ahli PAS, sepatutnya tidak mempersoalkan bai'ah ini kerana ia bukanlah satu rahsia kepada ahli kerana ia telah diumum dan disebutkan dalam banyak ceramah para pimpinan sebelum ini cuma waktu itu ia mungkin ramai yang tidak perasan dan mendengar sambil lalu sahaja.
Mahukah anda melihat para pemimpin kita yang telah bergelar YB dengan mudah-mudah melompat dan mengkhianati undi anda, dan anda sebagai ahli PAS ? Lihat dengan mata yang terang, otak yang lapang, jika anda sebelumnya bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan mereka sebagi calon PAS, tetapi berbaloi-baloikah kerja dan usaha anda sebagai ahli PAS jika setelah kemenangan diraih, mereka semudah Osman melompat parti ? Sekadar contoh. Apakah anda tidak kecewa dan marah terhadap tindakan mereka itu jika pemimpin kita yang kita amanahkan melompat dari PAS ?
Terlalu banyak kebaikannya dari keburukan tentang bai'ah PAS ini kepada ahli dan penyokong serta organisasi PAS itu sendiri.
Kepada mereka yang masih buta hati tentang bai'ah ini, silalah mengundur diri dari terus membicarakan isu bai'ah ini kerana anda sebenarnya bukanlah ahli dan penyokong PAS dan bagi blogger yang mendakwa ahli dan penyokong setia kepada PAS janganlah menulis sesuatu yang anda sendiri tidak menjiwainya, dan janganlah pula anda salah seorang yang dilihatsebagai agen yang merosak dalaman parti !
Kita akan terus wala' kepada pimpinan selagi pimpinan taatkan Allah dan Rasulnya dan selagi pimpinan tidak menyuruh kepada kemungkaran dan menghalang yang makruf. Kita sewajarnya menyokong segala polisi yang difikirkan baik untuk memperkasakan organisasi parti dan bertindak untuk menentang segenap serangan musuh yang teringin melihat PAS porak peranda. Wallahualam.
(*) Artikel ini disunting semula dengan penambahbaikan oleh editor utama. Dilulus untuk siar terbit oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Pusat di albanjari Online.

18 comments:
Firman ALLAH S.W.T:
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan saling berdebat, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Q.s. al-Anfal: 46).
“Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan yang besar.”
(Q.s. al-Anfal: 73).
Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain didunia ini kecuali ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat.
(HR Muslim(4692)
Aku menjamin sebuah rumah dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah ditempat tertinggi syurga bagi orang yang membaikkan budi perkertinya.
(HR Abu Daud(4167);Hasan:Sahih Abu Daud(4800)
Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.
Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.
Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.
Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:
* Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
* Bagaimana persiapan bilik gerakan
* Semakan daftar pemilih terkini
* Semakan rang yang dibentangkan
* Bantahan yang perlu dibuat
* Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
* Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU
Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.
Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:
“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.
Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.
Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.
Sumber:http://tuanibrahim.blogspot.com
salam,
kalau tidak percaya kepada calon sendiri,kenapa tidak bertaklik atau berbaiah akan terkeluarlah mereka dari islam jika lompat parti? kenapa rumahtangga yang menjadi taruhan? kalau perkara itu salah janganlah kita mempertahankannya. jatuh berdosa kita. ini berkenaan agama bukan parti dan pas bukan parti agama cuma menggunakan agama untuk mencapai kuasa.
macam nilah, now isu baiah ni dah dijadikan senjata oleh UMNO. habis media digunakan utk mengwar-warkan hal ini.
kepada rakyat biasa, isu ini memberi kesan negatif kepada pas. tak guna hangpa cerita semua pasal agamalah, tak zalimlah etc pasal PERCEPSI masyarakat terbanyak terutamanya kaum wanita & bukan islam akan terjejas.
so now macammana hangpa nak jawap? hangpa ingat BN takkan cuma mainkan isu ni kat PR13 nanti?
SAPA YG BODOH SANGAT PECAHKAN RAHSIA PARTI KAT BLOGGER UMNO NI PUN? HANGPA PAS MASIH LAGI SIMPAN DIA> APASAL TAK AMBIL TINDAKAN????@!!!!
Pelatihan Solat Khusyuk
Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.
Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.
Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran
Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com
masalahnya rahsia parti di bocorkan kepada bukan ahli di perjumpaan dr hassan ali dan ust nasa dan pertama kali di dedahkan oleh blogger umno mahaguru58.
tak kan wak dan ust derih buat bodoh aje hal ni.pasal tu kredibilty korang dah mula di ragui buakn bermaksud korang tak sayang parti cuma korang lebihkan pemimpin lebih pada parti.
ish aku dah mulai mual dgn korang semua ni.susah nak buat kerja elok pecat jawatan pemimpin yg bermasalah itu,kenapa susah sangat ni....
Anonymous 11.30am.
Ada lagi orang macam saudara yang tak faham yer... tak faham ke tak nak faham?
Punyalah panjang huraian di atas. Sdr tak baca ke, malas membaca?
Malas membaca dan bodoh bebal..
bangang sungguh..
BAPA AYAM LEBIH BAGUS DARI PEMIMPINPAS INI. WALAU PUN MEREKA MELACURKAN ISTERI MASING, TETAPI DISEBABKAN CINTA DIA TIDAK CERAIKAN ISTERI MEREKA. ISTERI MEREKA PUN MELACUR KERANA CINTA PADA SUAMI. NAK TOLONG SUAMI. iN KERANA POLITIK, BOLEH CERAIKAN ISTERI. APA NAK JADI INI. TANYALAH BAPA AYAM DARI KELANTAN DAN KEDAH YANG BERSEPAH DI JOHOR DAN KL SERTA PINANG. SEMUA MEMBERI JAWAPAN YANG SAMA. JADI NILAILAH DIRI ANDA DAN OEMIMPIN ANDA : MEREKA LEBIH HINA DARI INI. SELEPAS INI APABILA PERINTAH MALAYSIA MINTA KEKAITANGAN AWAM BAIAH PULA. KALAU TAK SOKONG PAS , JATUH TALAK. MAKA JAHANAMLAH KELAURGA ISLAM SEMUANYA. INI SEMUA ULAMA JAHAT. SEMUGA KAMI SEMUA DIJAUH BALA DARI TINDAKAN PEMIMPIN SEBEGINI.
setuju dengan مَعهَدين الُمعلمْ
Malas membaca dan bodoh bebal..serta tidak berotak pandangan anda ini.
salam
maaf jika ana mengatakan hujah ente begitu lemah sekali, ente seolah2 begitu terdesak untuk mempertahankan parti dan calon yg melakukan bai'ah atau...... kurang pengetahuan ?
Salam DR1221, mohon kemukakan hujah enta, kita kongsikan bersama disini..
salam
blog ana ada mengupas isu yang diutarakan saudara banjari
Salam semua,
Sy mati hidup balik pun tak percaya yg PAS memaksa wakil rakyatnya buat bai'ah sampai macamtu..sbb kenapa isteri yg perlu jadi mangsa..sampai kena cerai talak 3...semata-mata kerana politik? xde ke cara yg lebih berkesan untuk ikat wakil rakyat PAS agar tak lompat parti???
Sekali lagi saya tegaskan..saya tak percaya yang pihak tertinggi PAS ada mengarahkan upacara seperti ini..
Wassalam.
TETAPI...kenapa presiden PAS sendiri mengatakan tiada baiah taklik talak 3 ini?
Walau apa pun hujah dia, samada konar-konar, atau sengaja nak mengelak dari mengaku....apa perlu nya seorang presiden parti berlandaskan Islam berkata seperti itu?
Kalau ya kata kan ya. Semua yg lain pun kata ya. Dari Hassan Ali, Khalid Samd, muslimah PAS dll, semua nya mempertahankan baiah talak 3 ni.
Presiden apa macam ni? Membohong tak habis habis. Dah berjangkit penyakit bohong si Nasha, Hassan Ali dan Mustafa Ali.
Dah bukan persepsi Hadi Awang ni seorang presiden yg lemah, tetapi sudah nyata di depan mata kita Hadi Awang ini sememangnya lemah dan tidak pandai memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin organisasi politik.
- Putera Malaysia
-Politik ada dlm Islam.Islam ada Politik.
-Parti Politik Islam mesti berlandaskan aqidah Islam.
So,bejuang dgn dasar Pas lebih besar dari perjuangan keluarga..Pas nk martabatkan Islam..Klu Islam xdimartabatkan,tidak memerintah,maka jadilah mcm Kisah nabi Luth..nabi sendiri tinggalkn keluarga demi Islam...Hanzalah pn dh catat sejarah..Ape kita masih buta?pekak? hrp2 Allah xterus ttp hati..
So,nk bg paham mcm mana lg?Woi,klu ko biarkan org zalim memerintah,jgn ko ingat anak bini ko blh selamat dari di rogol atau silap2,pemerintah zalim yg rogol anak bini korg...Bebal punye otak umngok
Duniawi+bangang+xde hidayah=UMNO.
penyokong Pas yg ade slh satu ciri umno tu pn bahaya...
Tahniah albanjari,maju setapak lg..Allah Karim!!!
-saddamalaya-
sbg seorang yang dah 3 kali pilihanraya tengok calon pas baiah, saya percaya ia hanya dilakukan di sestengah negeri dan sebilangan calon saja.
itu sebabnya mmengapa mahfuz, hadi awang, harun taib, salahudin dan beberapa lagi menafikan sebab diaorang takde wat baiah camtu. yg ada hanya baiah akan dilaknat Allah jika khianat amah di beri
pandangan saya baiah ni hanya di selnagor dan kelantan, kalau ada negeri lain mungkin bole dibgtau
tp jika baiah ini dikatakan zalim, maka taklik sebelum nikah itu pon zalim juga maknany
bila ditaklik, katanya supaya suami jadi betanggungjawab dan isteri tak teraniaya.
jadi jika wakil rakyat lafaz baiah ni dia akan jadi wakil rakyat yang pegang pada amanah dan takkan khianat pada pengundi dan isteri
apa pon saya bayangkan kalaulah umno buat baiah ni msa pemilihan parti, tekdelah parti tu pening migrain senggugut dengan masalah politik wang sampai sekarang
TGNA kata xda pun..ada kata ada..ada kata tak...mcm mana ni..
bnyk benda kena berubah..
KALAU DAH NAMA AHLI PAS....BAIAH KE,HUDUD KE,WANG ROYALTI KE..DEPA AKAN KONA..DEPA AKAN PUTAQ,DEPA AKAN KILAS,DEPA AKAN TALA PELURU BALIK KAT SAPA YG BANTAI,WALAUPUN PELURU YG DIGUNA SEKADAR PELURU BUAH TERONG BELANDA YG AKU GUNA MAIN TEMBAK2 MASA KECIK2 DULU..
MATI IDUP BALIK PUN AKU TAK MUNGKIN AKAN PERCAYA PAS ITU PARTI ISLAM..YG AKU PERCAYA PAS MEMPERMAINKAN ISLAM ADA LA
MATI IDUP BALIK PUN AKU PERCAYA TAK AKAN JUMPA AHLI PAS YANG AKAN KATA ,TERIMA KASIH KERANA MEMBONGKARKAN KEMUNGKARAN PAS KECUALI AHLI YG CERDIK BERAKAL MANUSIA
Post a Comment