Oleh : tok pepijat Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.
Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.
Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.
Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.
Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.
PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.
Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!
Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.
Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.
Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.
Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.
PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.
(*) sumber : http://tokpepijat.blogspot.com
Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.
Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.
Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.
Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.
PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.
Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.
Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.
Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.
Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.
PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.(*) sumber : http://tokpepijat.blogspot.com
























































9 comments:
jawapan aku..selagi presiden dan tp dan geng terenganu yg konker pas cam sekarang..TIDAK...dan akhirnya pas akan ikut jejak langah pas terengganu...!!!jadi fikir2lah yee..pru 13 pun tak lama lagi dah!!!duduk la cam dalam katak bawah tempurung lagi!!!yg untungnya umno la jugak!!yg jadi pembangkang sampai kiamat PAS la jugak!!!
ye le tu... PKR boleh lak, ye?
Walaupun perjanjian itu dengan puak kafir yang bermatian menentang negara Islam. Kita sebenarnya lari dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga.
Biarkan PAS sendirian asalkan perjuangan kita ikhlas kerana Allah dan kita tidak berubah arah.
Kita akan jadi lebih kukuh bersendirian dan akan lebih dihormati begitu dan saya amat yakin jika matlamat kita hanya kerana Allah, walau bersendirian, kita akan mendapat ah falah.
Walaupun seribu tahun kita terpaksa menanti, yang pasti perjuanganh kita bersih, ikhlas dan yang paling utama diterima Allah!
Apa gunanya kuasa sedikit yang mungkin cepat dicapai, tapi kita terpaksa gadaikan ketulusan Islam yang kita garap sekian lama?
pencacai memang mahukan umno terus memerintah sebab mereka sudah merasa enak berada dibawah ubn yang zalim. dasar umat yang malas segalanya!
no to UG,no to EGM, no to munafiqin
halim
kalau la halim ahli PAS(harapnya tidak)bertambah cepat la PAS jadi parti setaraf KIMMA.
kalaula halim ahli PAS saya sarankan dia jadi ahli NGO islam.
Anon. Saya bukan ahli mana-mana parti politik dan tidak ahli mana2 NGO. Cuma saya amat berharap Islam itu diangkat ke tahap setinggi-tingginya. Bukan dilacurkan seperti UMNO buat dan kini PAS pula mula cuba-cuba melakukan perkara yang sama, hanya untuk sekumit kuasa yang diangan-angankan.
Tulisan yang baik daripada Tok Pepijat. Pandangan yang membina bagi mengisi ruang-ruang kecewa pembaca atas sikap sebahagian blogger yang lari dari matlamat dan landasan perjuangan. Teruskan memberi pandangan yang membina, bukan sekadar memeriahkan isu-isu sensasi untuk menaikkan hits. Tulisan yang baik dan membantu Islam insyaAllah akan ada ganjarannya di akhirat tetapi tulisan yang merosakkan Islam juga pasti ada balasannya di akhirat. Itukan janji-janji Allah.
Halim said...
"Saya bukan ahli mana-mana parti politik dan tidak ahli mana2 NGO. Cuma saya amat berharap Islam itu diangkat ke tahap setinggi-tingginya."
Ramai yang berharap Islam diangkat setingginya tetapi berapa ramai yang sanggup berjuang untuk melihat Islam diletakkan di tempatnya? Manusia seperti Halim ini ramai di muka bumi ini. Hanya ingin menjadi penumpang kepada kemenangan tetapi akan menuding jari menyalahkan orang lain apabila jamaah Islam mengalami kekalahan. Apa bezanya anda dengan golongan munafiqin zaman Rasulullah?
Kumpulan yang berjuang tentulah memikirkan strategi untuk mencapai kemenangan jangka panjang sebagaimana yang dinukilkan dalam sirah Rasulullah melalui Perjanjian Hudaibiyyah. Kejayaan mempertahan kerajaan PAS di Kelantan juga bermula dengan penggabungan di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Alhamdulillah...... banyak perubahan dapat dilakukan di sana. Islam semakin dihayati walaupun penuh dengan dugaan dan cabaran. Harap Halim dan rakan-rakan yang sepemikiran dengannya insaf dan jangan hanya menjadi penumpang. Yang ikhlas berjuang bersama jamaah ini bukan mengharapkan kedudukan di dunia tetapi mardhatillah di akhirat kelak. Kalau ada yang terlencong niatnya, percayalah... azab Allah lebih besar berbanding
kemuliaan dunia yang diperolehi. Fikir-fikirkanlah....
Post a Comment