(a) TAPAK SUPER VVIP - [ tempoh iklan : 10.9.09 -10.9.2010] - p12p

RAHSIA LELAKI DAN WANITA TERKANDUNG DI SINI. KLIK BANNER UNTUK MENGETAHUI KEHEBATAN YANG ANDA SEBENARNYA MILIKI !| PAKEJ SETAHUN - RM6000 | P12P |

(b) IKLAN vvip - RM500 [TAMAT-30JAN2010]

(C) HEBAHAN @ tapak iklan berbayar. dISKAUN HEBAT !

Anda tidak perlu bersengkang mata di depan komputer setiap hari untuk berjaya dalam forex, 10 minit sehari cukup buat anda. KLIK BANNER DI BAWAH atau terus klik website kami :
www.bestsignalfx.com | Pakej - tamat [7Jan2010]
http://img66.imageshack.us/img66/682/forex.gif

(D) tapak iklan VIP - RM500 UNTUK 3 BULAN. DIBUKA UNTUK DITEMPAH

Hubungi kami untuk mendapat harga istimewa pemborong. Ramai sudah yang menjadi pemborong kaftan, aneka tudung dan batik sutera kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik banner untuk ke website kami.

Image Hosted by ImageShack.us


Shopping Batik Sutera Kelantan, Kaftan Batik Overlap, Blouse Batik & Makanan Kelantan Dari Komputer Anda. Murah Sokmo !! TAMAT - [15NOV09]

(E) siri blognovela karya wak albanjari !

Blognovela Terhangat! | GILA JANDA | Karya Agung alBanjari | Klik siri di bawah |
-Bacaan ini mengandungi unsur-unsur 18SXG-

siri 1 | siri 2 | siri 3 | siri 4 | siri 5 | siri 6 | siri 7 | ..?

KLIK BANNER - tamat[1DEC 2009] adli/P6P (2)


Create your own banner at mybannermaker.com!
TEMPAHAN DAN KURSUS - KLIK BANNER DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Hubungi inna 019-2166255 KLIK BANNER DIATAS. MESTI KLIK hari raya hampir tiba..!! [P6P(4)-JAN0110]

Anda Teruja ? Klik LINK untuk ke lokasi Niaga NORLAWA Beauty World [tamat-13DEC09]

PELUANG MENJADI USAHAWAN GLOBAL DENGAN MODAL HANYA RM35
TAMAT [26NOV09-25JAN2010]

tapak iklan VIP RM XXX untuk disewa. Tawaran Terhad !

(1) tapak kosong dibuka untuk tempahan. sms atau email kami, dapatkan kadar rendah promosi. albanjari_online@yahoo.com

PELIMA MEDIA | MEMPERKASA TRADISI HIDUP SALLAFUSSOLEH | TAMAT 30NOV09

Anda mahu melancong ? Melanconglah bersama keluarga ke Pulau Pangkor. Jom ! Ke Pangkor, bessstt..bangat ! tamat[28Nov-09]: klik URL untuk terus ke situs www.GerbangPangkor.Com [ AZMI 017-5945151 ] Klik banner dibawah !

IKLAN BERBAYAR RM450 untuk 3 bulan - [ Tawaran kekosongan TAPAK dibuka sekarang ] Saiz 480 x 90

MESTI KLIK-malam jumaat kliwon-P3P tamat-[20Dec-2009]

SUPER SAVER @ ALBANJARI - TAMAT @ MAC 2010

From ABO banner design
DESA PENGKALAN BANDARAYA | HATTA MANAGEMENT & SERVICES | TEL : 019-456 4627 / 016-5294534 FAX : 05-3223842 | http://HattaMS.blogspot.com | TAMAT 26 MAC 2010
From ABO banner design

Wednesday, November 11, 2009

Isu Bai'ah - sudah-sudahlah..!

Oleh: ROSLAN BIAN [AgendaDaily]

Silap-silap kalau hilang sabar ,' isu Baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti , boleh menyebabkan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad ‘perang besar’ dengan ahli parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin.

Ini tidak mustahil jika melihat dan mendengar kedua-dua mereka saling berkeras mengecam satu sama lain dalam sidang media berasingan di lobi Parlimen, petang Selasa kelmarin. Khalid yang lebih awal mengadakan sidang media mengakui beliau tersilap menulis isu Baiah di blognya sehingga mencetuskan kontroversi di kalangan pemimpin PAS dan mendapat macam-macam reaksi termasuk di pihak sekutu dalam pakatan pembangkang - PKR.

Beliau mempertahankan isu itu sebagai soal peribadi antaranya dengan Tuhan. “Tidak wajar saya cakap lagi. Bukan saya besarkan (Bai’ah jatuh talak tiga). Saya dimaklumkan orang lain. Silap saya ceritakan benda ini pada orang lain,” kata Khalid mahu menutup isu yang dibangkitkan minggu lalu.

Beliau tiba-tiba tarik brek dengan kenyataan itu setelah pimpinan tertinggi PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz menafikan PAS ada mengamalkan Bai’ah sehingga jatuh talak tiga jika wakil rakyat parti itu lompat atau keluar parti.


Khalid barangkali sudah tertekan dengan kenyataan yang mula ‘makan diri’ akhirnya turut angkat ‘bendera putih’ mengakui beliau silap dengan pendedahan isu Bai’ah. Namun dalam sidang media sama, Khalid tiba-tiba menghalakan serangan kepada Zulkifli yang menulis di blognya mendakwa ada isteri wakil rakyat mengigil dan menangis mendengar perkahwinan mereka diperjudikan menerusi Bai’ah.

Khalid mempersoal kenyataan Zulkifli yang katanya beliau bukan orang PAS. Beliau menegaskan sebagai ahli parlimen, Zulkifli tidak sepatutnya membuat kenyataan tanpa usul periksa itu.

Beliau meminta ahli parlimen PKR itu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan mencabar Zulkilifi mengemukakan bukti atau tarik balik kenyataan bahawa ada isteri wakil rakyat mengigil mendengar suami mereka berbai’ah dengan jatuh talak tiga.

“Saya tak tahu sumber mana dia (Zulkifli) cakap..dia tiada di sana (majlis Bai’ah wakil rakyat PAS),” tegas Khalid. Lebih pedih lagi, beliau berkata, sebab itulah Zulkifli tidak dipilih sebagai calon oleh PAS. Beliau merujuk bahawa Zulkifli sebelum pilihan raya umum 2009 adalah seorang pemimpin PAS tetapi bertanding tiket PKR pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

PC oleh Zulkifli
Kenyataan beliau mengundang kemarahan Zulkifli yang mengadakan sidang media sebalik selesai sidang media Khalid. Malah ketika Khalid beredar dan berselisih dengan Zulkifli, kedua-dua mereka saling tidak menoleh atau bertegur sapa.

Sidang media Zulkifli asalnya bertujuan untuk member penjelasan mengenai kenyataan Naib Presiden PKR R.Sivarasa yang mendakwa teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan konvensyen PKR di Pulau Pinang Ahad lalu mengenai pemimpin PKR yang tidak ikut polisi parti ditujukan pada Zulkifli.

Bagaimanapun, selepas ditanya pendapatnya mengenai isu Bai’ah dan kenyataan Khalid yang memperlekeh beliau, giliran Zulkifli pula ‘ angin satu badan’. Jawab Zulkifli, Khalidlah yang tidak diterima oleh PAS sebab itu beliau kalah dalam pertandingan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dalam pemilihan parti itu yang lalu.

Katanya, pada pilihan raya 1999, Datuk Fadzil Noor mencadangkan beliau jadi calon PAS bertanding di kerusi parlimen Baling tetapi beliau memberi laluan kepada Datuk Taib Azamuddin.

“Pada pilihan raya 2004, saya dicalonkan di Tanjung Karang. Pada mulanya saya terima tetapi bila dapat tahu akan lawan (Datuk Seri) Noh Omar saya tolak sebab beliau kawan saya,” ujarnya. Menyentuh isu Bai’ah, Zulkifli menganggap Khalid sudah tersepit dan mahu menyalahkan orang lain.

“Saya pada mulanya tidak percaya (Bai’ah talak tiga), Saya meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya. Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahawa mereka sendiri telah pun mengangkat Baiah tersebut," ujarnya. Malah kata Zulkifli, ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil semasa mengangkat Baiah tersebut.

"Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis Baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik." soal beliau.

Katanya, PAS tidak boleh ‘sumbat’ isu itu bawah karpet manakala Khalid jika mahu lepas tesepit jangan pula tunding jari pada orang lain. Menurut Zulkifli, beliau bukan tidak setuju dengan Bai’ah tetapi tidak setuju ia dikaitkan dengan perceraian.

“Mana boleh kita mangsakan pihak ke tiga dalam hubungan kita dengan orang lain..mana boleh,” tegasnya. Katanya, dalam undang-undang Inggeris, pihak berkontrak tidak boleh berkontrak memangsakan pihak ke tiga apatah lagi dalam Islam yang amat membencikan perceraian. Beliau mahu PAS mengakui kesilapan ini dan perbetulkan perkara ini bukannya sumbat bawah karpet.

“Benda ini terang-terang salah, kita menganiaya wanita...isteri jadi mangsa.You khianat kat parti yang jadi mangsa isteri, apa punya orang ni...yang jadi mangsa anak-anak dan isteri. You boleh kahwin lain la..ahli parlimen macam Khalid barangkali seronoklah... boleh kahwin lain agaknya,” tegasnya.

Zulkifli sekali lagi menegaskan pendedahan isu Bai’ah dibuat Khalid sendiri dan cuba menyalahkan orang lain adalah perbuatan tidak bermoral dan tidak mencerminkan seorang pejuang Islam.

2 comments:

Anonymous said...

direct 2 the point k.. bg yg rajin membaca ,kita tau soal biaih ni d pecah tembelang waktu perjumpaan sulit hasan ali dan nasa dgn bloger d rmh nya sehari sblm msyrt.

Bloger UMNo kasi pecah lobang. la ni mahaguru ckp bukan hasna ali yg bg tau, c nasa la pulak.

tuan sendiri ckp tuan ada pembantu yg turut hadir dlm perjumpaan tu.. tolong minta penjelasan dr pembantu tuan ttg kebenaran ini. lg 1 yg nk jd tuli. waktu hasna ali buat road show seluruh sngor, MC pn dok cerita pasal baiah ni. gila apa, org x suruh cerita pn, diam2 je la. aku p masa taklimat d pandan. kalo x caya cube tanya org2 yg hadir d masa prog d pandan. blh tanya MC c Khairuddin sekali btl ke tak dia ada ckp pasal biah ni dlm ucapan nya.

d harap tuan dpt siar komen saya.

Anonymous said...

hasan ali cetus isu, khalid samad sahkan isu

dua2 otak pendek

dua2 patut kena buang dari pas selangor

dua2 tu la yg sllu menyusahkan disebabkan maslaah peribadi diaorang