
Oleh : Hazim (sumber)
Meletop-letop kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang dikira arif dan profesional di bidang mereka. Antaranya termasuklah yang sedang popular kini Dr. Aziz Bari (UIA), dan terbaru Dr. Abu Hasan (UM). Adakah cakap dengan fakta dan data atau sekadar menyampaikan cerita?
PAS tidak pernah sunyi dari suara-suara sumbang yang merendahkan keupayaan parti ataupun kepimpinan parti itu. Apapun PAS tidak pernah rasa rendah dan hina dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam dan menjadi Islam sebagai jalannya. Selagi hidup berteraskan Al-Quran dan Sunnah, hidup tidak akan sesat.
Kita mendengar semua apa yang mereka kata dan kita tidak mampu untuk menutup mulut orang yang berkata-kata. Maka kita menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap apa yang disuarakan adalah serius apatah lagi suara-suara pakar.
Sedangkan lidah lagi tergigit dan pisang setandan tidak semua yang baik. Tidak dinafikan bahawa PAS ada masalah dalaman dari segi tatatertib dan paling besar adalah jalan halatuju parti itu. Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan kita kembali kepada sirah mulia Rasulullah SAW. Sirah itulah yang menjadi cerminan kepada jasad PAS.
Biarlah apa orang mengata, kita akan sangkal dan buktikan jika mereka katakan tidak benar. Tidak memadai dengan kata-kata, tetapi buktikan dengan hasil. Serangan negatif kepada imej PAS sengaja diadakan menerusi media untuk menunjukkan PAS semakin bercelaru, hilang pemimpin, dan ada puak-puak.
Islam adalah satu. Tiada lain selain Islam yang mampu menyatu padukan hati kita. Dengan Islam kita bangkit kerana Islam kita berjuang.
PAS tidak pernah sunyi dari suara-suara sumbang yang merendahkan keupayaan parti ataupun kepimpinan parti itu. Apapun PAS tidak pernah rasa rendah dan hina dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam dan menjadi Islam sebagai jalannya. Selagi hidup berteraskan Al-Quran dan Sunnah, hidup tidak akan sesat.
Kita mendengar semua apa yang mereka kata dan kita tidak mampu untuk menutup mulut orang yang berkata-kata. Maka kita menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap apa yang disuarakan adalah serius apatah lagi suara-suara pakar.
Sedangkan lidah lagi tergigit dan pisang setandan tidak semua yang baik. Tidak dinafikan bahawa PAS ada masalah dalaman dari segi tatatertib dan paling besar adalah jalan halatuju parti itu. Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan kita kembali kepada sirah mulia Rasulullah SAW. Sirah itulah yang menjadi cerminan kepada jasad PAS.
Biarlah apa orang mengata, kita akan sangkal dan buktikan jika mereka katakan tidak benar. Tidak memadai dengan kata-kata, tetapi buktikan dengan hasil. Serangan negatif kepada imej PAS sengaja diadakan menerusi media untuk menunjukkan PAS semakin bercelaru, hilang pemimpin, dan ada puak-puak.
Islam adalah satu. Tiada lain selain Islam yang mampu menyatu padukan hati kita. Dengan Islam kita bangkit kerana Islam kita berjuang.
























































22 comments:
Salam
Alangkah bagusnya sekiranya semua Pemimpin dan Ahli PAS begitu!
bukan mengata tapi kenyataan.Jadi kena baiki.pemimpin Pas Dok Cakap ana ante Semua cakap untuk perut saja Camana dengan rakyat.
haluuuuuuuuuuuuuuu
kalo org tegur kata mengata puak UG ni termasuk si sembab Hashim ni...
tu bukan mengata la bongok, 2 kajian 2 orang cerdik pandai. nak tunggu ko buat kajian, sampai kiamat pun ko x dapat buat....kalo ade otak cerdik sikit pada kambing pun susah jugak....!!!!!
WANTED!!!!!
1. Aji Adi bermadu
2. Nasha Janggut Kontot Cari Makan
3. Mustapa Ali banggali
4. hassan ali Pencuri
5. Nasruddin Tantawi Al-mangkuki
6. Harun Tahik
7. Idris banggang
8. Abu bakar Buncit
9. Harun Din Tok Bomoh
10. Mat Iraq Labu Air
KHAK TUIH!!!!!!
Islam itu satu, PAS yang memecahkannya jadi banyak....
orang-orang PAS still macam katak dibawah tempurung. Mereka tidak nampak apa yg org lain nampak. Conclusion PAS = UMNO sama. cuma PAS nak ISLAM UMNO guna ISLAM. Tapi cara mentadbir parti serupa MCM UMNO..So dari sokong PAS baik sokong UMNO...
Itu yg org muda nampak.. tapi org PAS still menafikannya. Ini bukan zaman wala pada pemimpin... kalau pemimpin betul.. support.. kalau pemimpin salah/lembab... no kemaafan.. tukar orang lain. Kita cuma boleh Wala pada ulama but not to pemimpin parti. itu pun org PAS tak boleh nak fikir.
Sebab tu masih kekalkan kepimpinan yg ada... kalau begini punya dok ada kat PAS... pilihan raya 13, PAS bungkus, kalau menang pun sebab ehsan dari PKR dan DAP.
Masya Allah! Baiknya bahasa jit tontoya... dapat pahala ke menulis dengan bahasa macam tu dan menggelar mereka yang pada sangkaannya saja buruk padahal mereka jauh lebih baik dari apa yang disangka.
Macamana agaknya hang ajar anak ye?
Salam,
Dulu saya minat juga melayari blog blog pembangkang terutama yag condong dengan PAS.
Sekarang saya mula tak minat, kerana kerap sangat tersua dengan ungkapan ungkapan tak menyenangkan. Kalau tak posting pun, dari komen komen.
Din Bosan
Aku setuju sangat dgn 2 PROF tu... Memang ada teloq kata direct depan-depan...
Itu makna depa tu nak cuba kuatkan parti PAS... So ubah la yg mana patut, bukan tolak mentah2 mcm tantawi dgn ABC tu.... Lemah aku tgk tahap pemikiran pemimpin2 mcm 2 org ni.. Bukan nak mengata tp fakta...
jit toya....
demo sedak dok kata org deh..stara mana gak ilmu agama demo kl banding dgn nama org wat demo kutuk ttu..
demo th x kl ustaz mat iraq dgn nik aziz duk skali dlm masjid nak maye,ustaz mat iraq yg akn jd iman..demo nilai dgn otak la..
jit tontoya ko bgs sgt ker nk gelar2 kn org mcmtue???cerminla diri tue..duk guna perkataan kesat mcmtue..aku rasa ko lg bangang,wlaupn aku n org len ade la jgk x puas ati dgn pemimpin pas,tp xde la smpai nk maki2 mcmtue..insyaallah diaorg leh perbaiki bknnye diaorg banggang sgt,sape anak2 ko or bapak ko yer dpt anak yg mcmtue,xde adab,khak tuii..
Assalammualaikum,
Aku cukup tertarik dengan pendapat2 korang.Walau apa pon aku hormati dengan keputusan hangpa.
Cuma aku teruja dengan peranan media baru nih..sedikit sebanyak mempengaruhi penyokong2 pakatan rakyat.
Alhamdulillah PAS berjaya menganjurkan satu majlis untuk memperkasakan Parti yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO.Terima kasih juga kepada pengkritik yang terdiri daripada ahli-ahli akedemik yang membuat anilisis terhadap parti PAS.
Tahniah kepada TGHH yang berjaya berucap dan mempertahankan jawatan sebagai Presiden PAS.Aku cuma terkilan kepada penyokong2 pakatan rakyat yang memberi komen supaya TGHH melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS.Bagi aku TGHH telah mengemudi PAS dengan baik dan penuh hikmah.Tiada cacat cela yang aku rasa pada TGHH memimpin PAS.Jikalau kamu rasa TGHH patut berunudur,tunggulah mesyuarah datang.
Yang aku rasa tindakan yang perlu dilakukan ialah tindakan disiplin kepada Dr Hassan Ali.Tindakan beliau banyak membelakangi hala tuju parti.Dan juga keputusan beliau memanggil dan berjumpa blogger2 media baru adalah tindakan yang tidak bijak.
Wahai penyokong2 Pakatan Rakyat,anggaplah masalah ini adalah ujian daripada Allah.Dengan ujian2 inilah yang kita dapat menilai diri kita bahawa adakah kita memperjuangkan parti semata2 atau memperjuangkan Agama Islam.
Puak-Puak pencacai UMNO ni kalau tak boleh mengutuk dan mencaci sesama Islam, tak dapat hidup denang dan tidur lena. Dia tiada kerja kecuali mengutuk sahaja dalam Block. Orang yang kena kutuk tiada masa nak buka Block, kerja banyak nak tinggikan syiar Islam. Jadi sesiapa yang masih cintakan Islam dan Sayangkan PAS harus berusaha membimbing mereka itu ke pangkal Jalan. Allah menyuruh kembalikan kepada Allah S.W.T. (Al-Quran) dan Rasulnya S.A.W. (As-Sunnah) kalau berselisih pendapat, tetapi pencacai UMNO ni kembali kepada Block untuk mengutuk dan mengadu-domba. Waiyazubillah min zalik. Tapi apa boleh buat kerana di Akhirat nanti Allah sedialan neraka dan Surga, tetnu ada ahli bagi kedua-duanya.
Memang PAS muktahir ini berada di dalam "denial state". Semua masalah dalaman di sapu bawah karpet. Segala masalah dalaman dikaitkan dengan sabotaj dari UMNO.
Rakyat bukan menyokong membabi buta. Rakyat boleh menilai. Jika setiap masalah dikaitkan dengan tangan2 ghaib UMNO, apakah ini boleh mempengaruhi rakyat? Makin ramai orang Melayu bertanya mengapa PAS asyik menyalahkan UMNO bila timbul masalah dalam parti mereka. Berbanding UMNO kini, mereka melihat ke dalam parti mereka sendiri apabila timbul masalah dan mengakuinya dan sedang memperbetulkan sedaya upaya mereka TANPA menyalahkan orang luar.
Keenganan PAS yang seolah olah alergik kepada UMNO (yang memainkan lagu perpaduan) juga dilihat oleh orang Melayu yg tidak berparti sebagai angkuh dan sombong. PM Najib pula sebaliknya dilihat bijak memainkan peranan dan kelihatan positif kepada perpaduan ummah.
Hakikatnya majoriti orang Melayu tidak berparti mahukan perpaduan sesama Islam, hanya sebahagian ahli PAS yang terlalu emosional dan singkat fikiran sahaja yang alergik kepada Unity Goverment ini. Persoalannya adakah sebahagian ahli PAS ini akan memenangkan PAS dalam pilihanraya nanti?
PAS sedang di persimpangan. Samada terus relevent atau berkubur dari hati orang Melayu.
Satu peringatan: Jangan sesekali ulangi yang PAS bukan pejuang MELAYU tapi pejuang ISLAM sahaja, kerana itu hanya akan melukakan hati orang Melayu yang rata-ratanya Islam....!
Dengarlah luahan hati orang-orang yang ikhlas, bukalah pintu hati dan buatlah keputusan dengan berani kerana Allah bukan kerana puak-puak dalam PAS.
Ikhlas dari saya,
Antiketaksuban.
bukan menolak pandangan org luar, tpi membtulkan pandanfan mreka yang tidak betul. yg betul pas amik jd tauladan
contoh macam aziz bari kata pas kalah di bagan pinang kerana faktor hadi, nasa ngan hasan..amendenya..org kat estet tu tak tau menau pon pasal selcat tu
tak plak aziz ni komplen pasal mp teluk kemang dari pkr yang tak turun padang. org kat estet kaat, masa nak mebgundi ni baru nampak muka.
mentang2 la pemimpn pas sering berlapang dada, korang naik tocang plak. agak2 la, cakap biar berfakta
yg suka maki2 pemimpin pas dengan gelaran2 tu mungkin mak bapak dia tak baca doa masa buat dia dulu!
Ada sedikit masa untuk monitor orang-orang yang bermasaalah tetapi telah mengaku untuk memperbaiki keadaan. Ini harus dijadikan peluang terakhir. Kalau bagi problem juga tunggulah PRU 13. Silap-silap bagi ceramah kat masjid pun tidak merasa. Jangan salahkan pengundi dan jangan salahkan orang Islam. Sendiri tengok cerminlah!!
Antara sebab orang muda yang kebanyakkan tak sokong Pas adalah kerana terdapatnya perangai orang muda yang macam Pemuda Umno nilah. Tiada rasa bersalah kerana gagal dalam mengenal diri. Rasakan diri sudah cukup bagus. Gagal dalam membezakan yang yang halal dan haram. Yang hak dan yang batil. Perjuangan untuk memartabatkan ilmu Islam dan kepercayaan iman tertutup kerana kebendaan. Orang kalau yang nak kepada yang diberkati dunia dan akhirat seharusnya mencari untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT. Setiap perbuatan dan barang pekerjaan yang dibuat haruslah bersandarkan kepada ugama. Barulah akan ada sifat takwa. Parti Pas boleh dijadikan sandaran kearah membentengkan diri dari kekufuran. Peringatkan diri kalau nak buat sesuatu yang batil akan timbul rasa malu pada diri sendiri. Jangan hanya fikirkan bab nak penuhkan tembolok sahaja. Pas seharusnya menjalankan secara besar-besaran konsep membagun bersama Islam. Beri penerangan kepada setiap negeri yang dikuasai. Hampiri setiap pemuda kawasan dengan aktiviti dan penerapan nilai Islam. Kalau dibandar besar rasanya lebih mudah. Jadi Pas seharusnya mengambil pendekatan yang ekstrem dalam menangani permasalahan kejatuhan moral kaum yang muda ini.
Orang Islam tidak akan secara terangan menolak ajakkan kepada memantapkan iman. Pasti akan ada sekelumit rasa takut kepada mati. Percayalah. Pengajian takadalah sampai macam professor tu tapi pengalaman berinteraksi dengan orang yang macam ni banyaklah.
salam....
aku pun tak faham la puak2 pas ni...korang yang jemput 2 org tu..kemudian g hentam dia..
paling tak tahan bila diulang2 wala' pemimpin...woi..aku ni umur 28 tahun..sejak 1998 aku joint kebanyakan pilihanraya n demo n majlis yang boleh lemahkan n hapuskan UMNO...aku heran apa pasal wala,..muttu, ah chong heran apa pasal wala'...yang di nakkan PAS kene perform...
kami kat UK ni bila borak2 mesti cakap pasal kehebatan DSHA, Hassan Ali...
korang nak kata kmen hadi awang menghina ulamak lantakla..ulama ni dalam umno pun bersepah...
Londoner
Hakikatnya Hadi Awang tak pandai berpolitik. Dia cuma pandai bersyarah dan pandai mengajar ugama. Bab-bab politik, strategi politik, pembacaan gerak lawan, semua yg pasal politik ni dia nampak tak cerdik.
Hadi Awang kena lah sedar hakikat ini. Bila krisis melanda lepas satu, satu di bawah pimpinan beliau, tidakkah membuat nya terfikir bahawa kepimpinannya mempunyai masalah? Isu Hassan Ali dan Nasha timbul berkali kali walaupun selepas presiden sendiri memberi jaminan sudah selesai, tidakkah memberi gambaran kepada umum yg kepimpinan Hadi Awang tidak berkesan?
Jika satu department mempunyai masalah yg sama walaupun selepas dibuat pengolahan kerja yg tak berkesan juga, tidakkah jalan terbaik ialah menukar ketuanya supaya boleh diadakan jalan kerja yg baru?
Hadi Awang ni samada tak faham soalan, ataupun betul dia tamak kuasa?
- Putera Malaysia
hanya kerana PAS kalah teruk di batang pinang,habis hilang perangai dan bahasa yang baik....Allah tak berkehendak dengan orang2 yang berlagak tahu itu dan ini,sikit pun ALlah tak mau kat hangpa...wassalam
Kalau nak ugama semata-mata, jadilah ketua bahagian ugama. Biarlah bahagian politik didokong oleh mereka yg cenderong politik dan cerdik berpolitik.
Bukankah PAS adalah sebuah parti politik dan bukannya pertubuhan ugama?
Dan bukankah cita-cita PAS hendak memerintah negara? Jika Hadi Awang dan kumpulan dari Terengganu mengatakan tidak, maka mereka sewajarnya meletak jawatan dan cuma menjadi ketua-ketua hal-ehwal ugama di dalam PAS sahaja.
- Putera Malaysia
mentang2 la dok kat london penah blajar kat london, dah perasan hebat
kononnya up to date la, org lain ketinggalan zaman kalau tak terima pandangan dia
blah la lu budak londonian (sedara indon)
Bukan semua orang masuk PAS nak berjuang utk Islam..... kebanyaknya nak jawatan.... harta kekayaan..... dan nak tolong Melayu (UMNO!!!) lagi banyak. Tapi tak dinafikan ada individu yg ikhlas dgn perjuangan menegakan syiar islam dan dakwah islamiah,dgn mengunakan PAS sebagai platform kearah itu.PAS bukan lah ISLAM,pas hanya sebuah parti politik yg konon2nya memperjuangkan syiar islam,tetapi maksud sebenar kebanyakan individu berjuang dlm pas hanya lah utk mendapatkan jawatan,kedudukan dan kuasa pemenrintahan dari kerajaan yg memerintah sekarang.Dan utk itu mereka mengunakan agama dalam setiap perkara yg dapat menarik sokongan manusia terhadap mereka(bukan atas maksud DAKWAH).Apabila ada individu diantara mereka yg sudah mendapat jawatan dan kuasa ,maka terserlah lah watak mereka yg sebenarnya.Ini kita dapat lihat dari kekalutan yg terjadi di antara mereka sekarang,kata-mengata,tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah diantara mereka pun bermula..Apa kah ini akhlak org islam yg kita mahu contohkan pada org bukan islam?...TO BE CONTINUE…Insyaallah…
WALLAHUA`ALAM
DR.NARA
Post a Comment