TAPAK IKLAN BERBAYAR RM500 SEBULAN - TAMAT [ 9SEPT2009 ]

tapak iklan rm300 sebulan. Tempoh [27.6.09 - 27.7.09 ]

http://www.esnips.com/web/albanjarionlinesStuff
Photobucket
Syurga Wangian Anda..ada di gedung maya ini ! KLIK banner untuk selanjutnya..PROMOSI HEBAT sedang berlangsung !! [Amran-[tamat 27Julai2009]

tapak iklan berbayar VIP(1 -) 19609 -TAMAT 20 JUL 2009

Hubungi kami untuk mendapat harga istimewa pemborong. Ramai sudah yang menjadi pemborong kaftan, aneka tudung dan batik sutera kami. Anda pun boleh jadi seperti mereka Jangan segan-segan hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik banner untuk ke website kami.

Image Hosted by ImageShack.us


Shopping Batik Sutera Kelantan, Kaftan Batik Overlap, Blouse Batik & Makanan Kelantan Dari Komputer Anda. Murah Sokmo !!

INGIN BERIKLAN DI AL-BANJARI? Emailkan ke - albanjari_online@yahoo.com

ARTIKEL DEBAT PILIHAN ALBANJARI ONLINE

DebatBLOG :
(191) Cercaan UMNO.. - klik SINI
(197) Sindiran Blogger UMNO.. - klik SINI
(203) Pejuang Islam UMNO.. - klik SINI
(267) PAS munafik ? - klik SINI
(268) TERKINI - al Banjari vs. mat copy paste (Bhg 1) - klik SINI
(269) TERKINI - al Banjari vs. mat copy paste (Bhg 2) - Klik LINK


mohsin-tamat[24Sept09]
KLIK BANNER - tamat[1Sept2009]

tapak iklan berbayar VIP2 - [tamat-1Ogos 09] klik banner !

IKLAN BERBAYAR - [ kekosongan TAPAK - 1 ] rm 100 sebulan

Anda mahu melancong ? Melanconglah bersama keluarga ke Pulau Pangkor. Jom ! Mai Pangkor...bessstt..bangat !tamat[18Aug-09]

klik banner untuk terus ke situs MaiPangkor.Com [ AZMI 017-5945151 ]






InstaForex.com



Register Instaforex with us and enjoy commission rebate from 50% up to 75%. Email us at artificialtraders@gmail.com or visit our website at artificialtrader.com. We also provide coaching in Forex Trading, Metal Trading and Stock Trading with no cost at all...

[Tamat-29 OGOS 09]

tapak iklan berbayar RM 300 SEBULAN - tamat [1JUL2009]

3.40% KADAR KEUNTUNGAN SETAHUN. LULUS SEGERA !!
PEMBIAYAAN SEHINGGA RM 150,000
SMS NAMA JABATAN DAN BUTIRAN GAJI/POTONGAN KEPADA EN. AZMI [24 jam] 017 - 271 0676 | FAX : 03 - 9200 6486 [JADUAL PEMBAYARAN SILA KE WEBSITE KAMI] KLIK DI SINI UNTUK KE WEBSITE AL-INAH - terima kasih

Tuesday, November 18, 2008

ABO : e200K - 'penampar' jepun dari ex-majistret utk... ??

albanjari
..minum pagi teman pagi ini ditemani oleh tn. hj. yusof. Dah lama tak borak dengan tn. hj. ni. Tentu byk perkara buleh dipunggah bila sesekali berjumpa. Memang betui, belum sampai pun 'order' nasi lemak yang dipesan, tn. hj. dah mula menyeringai.., sambil sebut-sebut 2-3 kali benda yg sama. Teman 'sua' rokok sebatang. Orang tengah 'high' pagi-pagi macam tok hj. kalau diberi rokok sebatang, kebetulan rokok yg dia suka pulak tu, hmm..hangpa buleh imagine, tersontot beb!

Teman tau dia dah lama pendam isu ni, sejak minggu lepas lagi dia ajak teman jumpa, tapi tak sempat. Siap tinggal pesan dgn. 'orang dia' agar teman dtg rumah dia, pun teman tak sempat. Pagi ni baru sempat. Apalagi dah sempat duduk minum-minum, menyeringai ler intro tok aji ni.

Siapa tok aji ni. Hmmm..! bekas Hakim Majistret. Rasanya kalau sebut nama, ramai org Klang kenai dia ni sapa. Dia kata Ezam tu anak buah dia, tu masa aktif dalam Umno dan pegang jawatan Ketua Bahagian, tapi itu dulu, laa..dia dah taubat dan ubah haluan, tinggai Klangmetropolitan, tinggal Kajangmetropolitan balik kampung jadi ahli Pas, rajin berusrah, majlis ilmu tak pernah tinggai..baguih sungguh, sekali ahli umno berubah, tawaddu'nya kepada perjuangan islam lebih solid dari orang Pas yang beranak, terus jadi ahli Pas. Tu dia...! ni baru 'real' hijrah.

Kadang aku setuju dengan cakap 'cenangau' dalam entri berkukunya dalam soal ini. Walaupun yang aku nak tulih bukan isu yg aku kaitkan dgn cenangau, namun ilmunya lebih terbuka mengupas soal berkaitan dengan orang-orang Pas sendiri. Takpa nanti kita jumpa, kita dok dua-dua, sambil layan lagu ' when the smoke is going down' ..kita perasap sama-sama.

Berbalik kisah kepada tok aji, teh tarik pekat dah separuh kena tibai. tinggai setengah lagi. Lepas dapat rokok sebatang tok aji tiba-tiba jadi slow pulak. Pasai apa ? teman cuit..ada isu hot kaaa? yang tiba-tiba macam ayam kampung betina hilang laki. Kuat kokok pepagi ni. Dia kata tunggu dia nak habihkan nasi lemak dulu. Benda sedap..tak buleh ada byk 'iklan' nanti terencat selera. Pulak!

Aku pulak yg tersontot. Bila dah jadi macam tu, cucuh la rokok sebatang. tak kan makan asap rokok orang saja, alang-alang nak 'kanser' biaq semua org kena. Betui dak..hang kena ..aku pun kena..pasai sama-sama makan asap !

Aku nak jumpa hang dari minggu lepaih lagi, tapi hang dok sibuk saja. Awat Tuhan bagi 24 jam kat hang tak cukup kaa? tok aji berintro. Tapi pasai pa yg pi 'taruh' aku pulak. Issh..tok aji ni ! Aku nak hang tulih dalam blog hang, isu 'Gabung Sivil, Syariah ' ada akai ka.. yang depa dok main isu ni. Awat yg depa 'sekular' sgt ? sampai ayaq dengan minyak pun depa hukum buleh campuq ? Buleh kaa ? cuba hang pikiaq !

Kalau benda ni dipersetujui, baik diperingkat Badan Perundangan atau Badan Kehakiman Negara, ni satu sejarah hang tau. Aku jawab..tak tau! ye laa..aku bukan org 'Law'..kena la jawab macam tu. Tu laa..hang! sambung tok aji. Hmm..aku dah agak mesti aku kena punya. Kiri kena tibai, kanan pun kena sontot. Cara ex-magistrate la konon ! Cit..

Hang tengok laa..hebatnya Malaysia kita ni, majoriti umat rata-rata beragama islam, tapi punya la 'mesra congkit' dengan hal-hal keagamaan, lebih-lebih lagi soal akidah. Depa tak sedaq kaa..undang-undang syariah itu diturunkan oleh Allah swt. sebagai lambang bukti keutuhan akidah ummah apabila mengamalkannya ? Udang-undang syariah adalah lambang bukti takwa seorang hamba kepada TuhanNya.

Aku tak pueh hati pasal dalam isu ini amat tidak releven bagi mereka yg tak memahami perbezaan antara 2 badan ni. Sivil dan Syariah. Dalam Perlembagaan sendiri telah menetapkan hal ini dimana undang-undang sivil adalah untuk umum dan syariah untuk umat islam sahaja.

Aku yang faham tentang perundangan amat kesal dengan perlakuan bodoh macam ini. Hang ada baca utusan ? Tok aji tanya aku. 'Sori tn. aji, utusan tak baca, hampass..' teman cakap balik. Tu laa hang? aik ..aku ingat bila aku jawab mcm tu aku akan selamat. Kena jugak ! Hang kena baca utusan, tengok apa isu yg depa dok main..ayik baca Harakah saja..hang ingat Harakah tu baguih kaa...tak habih-habih dok jaga tepi kain Umno ! Kain sendiri pun byk koyak...!

Dah hang kata tak baca..aku sambung isu tadi, hang buleh bayang, macamana satu hakim, islam pulak tu yang tentu tunggang tunggik sembahyang dan puasa, buleh setuju dgn isu ni ? Ada bukti ? teman tanya tn. aji ni...aku kata pasai aku ada bukti laa..Mana ? teman jawab ..ni kat bawah hang pi tengok...apa nak jadi kalau sivil dan syariah tu jadi kahwin...! Memang betui 'ngok' tak buleh diajaq...! Betui laaa...! teman jawab. Cucuh lagi sebatang rokok...hembuih asap dah macam tiup trumpet ...layan bukti..

(Kenyataan penuh Tun Abdul Hamid dalam Utusan Malaysia pada 13 November 2008. Cadangan ini pernah dibentang dalam satu syarahan bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’ di Fakulti Undang-Undang, Harvard).

Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara) berkata undang-undang lazim dan undang-undang syariah boleh diharmonikan melalui penggabungan mahkamah syariah dan sivil. Pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Tun Abdul Hamid menyatakan penggabungan ini boleh direalisasikan kini kerana pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam. Apakah selepas ini kita mahu melihat peguam-peguam bukan islam membela kes nikah cerai dan murtad di mahkamah sivil? Idea penggabungan ini tidak boleh dimurnikan.

Ulasan isu 1:
Jika penggabungan mahkamah dimurnikan, hukum agama Islam pastinya akan dijadikan pula bahan pertikaian dan sendaan oleh orang bukan islam. Maka, jangan terkejut jika ramai lagi peguam bukan islam yang akan berhujah dengan menggunakan ayat Al-Quran di mahkamah. Penggabungan syariah dan sivil akan menjayakan tuntutan IFC yang ke-3 dan ke-5.

Apakah tuntutan IFC yang ke-3 dan ke-5? Dalam tuntutan IFC yang ke-3 "sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil". Tuntutan yang ke-5 adalah "orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang". Penggabungan mahkamah syariah dan sivil akan membolehkan tuntutan ke-3 dan ke-5 ini tercapai. (Sila tengok penjelasan tentang Interfaith Commission, IFC)

Jika dihapuskan mahkamah syariah dan digantikan dengan hanya satu mahkamah yang telah digabungkan, maka sistem perundangan Islam akan menjadi semakin liberal. Ianya akan membuka lebih banyak ruang kepada orang bukan Islam mencabar hukum hakam Islam. Ada kalangan orang Islam sudah menjadi keliru bila ada juga kalangan pemimpin Islam yang diam membisu membiarkan tindakan bukan islam mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran. Imam orang Islam sudah dipermainkan. Apakah orang-orang Islam khususnya masih mahu tutup sebelah mata lagi?
Gambaq ni pun lagi 1 isu...ahhh! tok aji! teman bersuara..apa ? balas tok aji . Aku rasa mana boleh gabung, betui la ayaq dengan minyak tak buleh bercampoq, syariah ini undang-undang dari Allah, manakala sivil tu undang - undang ciptaan manusia, tapi sebaiknya dan mulia jika undang-undang sivil itu masuk kedalam undang-undang syariah. Betui dok ?

Oo...baru hang nampak ! hmmm...pasai hang dah nampak, pagi ni aku belanja hang' jelas tok aji sambil huluq not RM10 hinggit kepada tokeh warung !

3 comments:

muraisenja said...

aku dah paham.....
sememangnya umno ni pelingkup agama, bangsa dan negara......

Barisan PR perlu bertindak sblm negara ni hancuq lebuq mukhlisiiin

Anonymous said...

ABO,
Ceghita hang dengan mejisteret pencen tu mengingatkan ako satu peristiwa dulu-dulu. Ada satu kawan tu bawak satu kawan dia mai jumpa aku. Dia introduce kat aku kawan tu sebagai 'pengadil'. Dalam kepala aku dok ingat tentulah dia tu seorang mejisteret atau yang dipertua mahkamah. Dah baguih ni kata aku dalam hati, sebab kerja aku pun ada jugak kaitan dengan undang-undang ni. Pendekkan cerita, kami pun pi pekena teh tarik kat kantin pejabat. Jadi aku pun ushar la member tu tentang apa yang latest development dalam masalah perundangan ni, bla bla bla.. Dia pun nampak tercengang keliru...Kemudian dia pun berkata 'Saya ni pengadil bola sepak je...mana saya tau bab-bab undang-undang mahkamah tuu..!' Tuuu dia...baru aku teringat yang minggu depan kami akan adakan perlawanan bola sepak kelab sukan pejabat aku. Mamat tu mai nak bincang pasei hal tu laa...! Cehh..kantoi, kantoi !

~ MPChokia

Cenangau said...

Aku pun biasa gak sembang dgn Hj ni. Kalau nak lagi hangat try tanya dia pasai Pak Syeikh.