Oleh hermansamsudeen [TKO]
Terkejut juga bila dengar abg bakaq di tahan Polis malam tadi. Nama sebenar beliau adalah Abu Bakar A Rashid dan lebih dikenali ramai sebagai ‘penarikbeca’. Sebelum ini Polis pernah menahan beberapa orang blogger iaitu Nathaniel Tan, Cucu Mat Kilau dan Raja Petra Kamaruddin kerana beberapa sebab yang berkaitan dengan penulisan mereka.Penangkapan abg bakaq dan yang lain membuatku terfikir beberapa perkara. Apa yang berlaku pada mereka adalah suatu cubaan dari pihak Kerajaan untuk menakut-nakutkan blogger lain. Dalam beberapa taklimat dan pertemuan dengan beberapa anggota Polis termasuk SB sebelum ini, mereka mengakui bahawa laman-laman blog kini menjadi bahan siasatan mereka dan setiap blog yang terkenal sentiasa dipantau oleh Bukit Aman.
Saya ceritakan hal ini bukan untuk menakutkan para blogger, tetapi kita perlu terima hakikat bahawa inilah sebahagian dari bentuk cabaran yang kita perlu lalui dalam menyampaikan apa yang kita fikirkan betul.Para blogger menulis atas maklumat dan juga pandangan masing-masing. Itu adalah hak setiap blogger untuk mentafsir atau mengambarkan pemikiran mereka di alam maya. Ketakutan pihak Kerajaan terhadap ‘kenakalan’ sesetengah blogger yang sering membongkarkan kisah-kisah ‘misteri’ politik dan isu semasa dalam negara sering menjadi igauan mereka.
Anggota Polis diminta untuk memantau dan menahan jika perlu untuk siasatan.Abg Bakaq yang menjadi mangsa terbaru pastinya meninggalkan sedikit kesan pada kita. Saya kenali beliau sejak setahun lalu, iaitu ketika sama-sama mengadakan diskusi dengan beberapa blogger lain untuk membantu menyampaikan mesej perjuang Pas dalam nada yang benar dan bukannya provokasi.Beliau seorang yang simple dan kalau jumpa kat luar, memang orang tak sangka bahawa beliau adalah seorang penulis blog yang hebat.
Tapi tak juga saya nafikan bahawa kadang kala teguran beliau dalam penulisan agak keras. Ini disebabkan oleh kedudukan beliau yang tidak terikat dengan mana-mana parti atau kumpulan, sama seperti Raja Petra yang menjadi penulis dan pengkritik bebas.Saya juga tidak menafikan bahawa Blogger juga kadang kala terperangkap dalam menerima isu baru yang kadang kala maklumat yang diterima tersilap atau khabar angin yang disebarkan lebih menarik dari fakta.Saya cuba mengelakkan untuk mengambil khabar angin atau kadang kala menyiarkannya dengan tujuan mendapatkan pengesahan dari pihak pembaca yang lebih arif.Saya hormati cara penulisan abg bakaq dan teman-teman yang lain.
Mereka mempunyai kredibiliti hebat dan kadang kala maklumat yang disampaikan oleh mereka tidak tercapai oleh kita dek kesibukkan melayani terlalu banyak isu.Pihak Kerajaan sewajarnya menghormati blogger dan mengamalkan kebebasan bersuara. Penulisan blog masih dalam ruang lingkup alam maya dan sememangnya sukar untuk dibendung. Oleh itu pihak kerajaan sendiri perlu bersedia memberikan jawapan terhadap apa yang dibangkitkan oleh para blogger dan menghadapinya secara ‘gentlement’.
Penggunaan Polis untuk menakut-nakutkan atau menghalang para blogger adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan tidak demokratik. Mereka tidak boleh didik blogger untuk jadi seperti tunggul kerana blogger bukannya tunggul mati. Kami tetap bersuara, dan sedia ditegur kalau ada salah dan silap.Secara totalnya para blogger menulis berdasarkan kefahaman dan teori yang dibina sendiri mengikut butir-butir maklumat atau pengalaman yang dilalui, tetapi saya tidak menafikan bahawa di situ ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Memang ada tanggungajwab dan kami bersedia bertanggungjawab.Apa yang dilalui oleh sahabat-sahabat blogger yang pernah ditahan ini wajar di ambil pengajaran dan dikongsikan.
Saya berfikir ke arah itu. Dan mungkin suatu pertemuan atau diskusi boleh diadakan untuk kita menimba pengalaman mereka.Sekalung penghormatan pada mereka, dan anggaplah ini sebagai satu suntikkan semangat untuk terus berkarya di alam maya ini.














































Blogger Muraisenja bagi anugerah kat wak..TQ

0 comments:
Post a Comment