(a) TAPAK SUPER VVIP - [ tempoh iklan : 10.9.09 -10.9.2010] - p12p

RAHSIA LELAKI DAN WANITA TERKANDUNG DI SINI. KLIK BANNER UNTUK MENGETAHUI KEHEBATAN YANG ANDA SEBENARNYA MILIKI !| PAKEJ SETAHUN - RM6000 | P12P |
_ [..] Ini bukan soal politik Hj. Aznil oi, ini soal hak dan kezaliman pemerintah. Pesan wak, jangan menjadi zalim dan menzalimi diri sendiri ketika menulis, buat Hj. Aznil cuba fahamkan maksud Hadis dibawah yang bermaksud,
" Takutlah kamu kepada doa yang dizalimi, biarpun dia itu seorang kafir, sesungguhnya diantara Allah dan si kafir (yang dizalimi) yang berdoa itu tiada hijab(halangan) antaranya", (sahih Al-Jaamii:119)
Jika sudah begitu kata maksud hadis terhadap doa orang kafir kepada Allah, apatah lagi doa orang mukmin disisi Allah ? Memang wajar media perdana sensasikan isu doa ini, kerana jelas 'ketakutan' yang berganda-ganda bukan sahaja kepada 'mereka-mereka' itu, malah bukan setakat artis, mufti juga turut dihumban sama untuk melontarkan bahawa doa itu tidak islamik dalam konteks negara ini. Ia disensasikan kerana 'doa' itu jika dimakbulkan pasti akan menimpa tubuh badan dan kepala jemala mereka yang sebenarnya. Mereka ketakutan ! KLIK DI SINI |telah dibuka :

(b) IKLAN vvip - RM500 sebulan [TAMAT-30JAN2010]

Anda tidak perlu bersengkang mata di depan komputer setiap hari untuk berjaya dalam forex, 10 minit sehari cukup buat anda. KLIK BANNER DI BAWAH atau terus klik website kami :
www.bestsignalfx.com | Pakej - tamat [7Jan2010]
http://img66.imageshack.us/img66/682/forex.gif

(C) TAPAK IKLAN VVIP - [RM1,200@ 6 BULAN] - DIBUKA UTK TEMPAHAN

Tawaran kadar rendah promosi akhir tahun. HUBUNGI KAMI UNTUK KADAR BARU PAKEJ JIMAT PALING CRAZIE DARI HARGA ASAL !! email atau SMS kami : albanjari_online@yahoo.com @ 012-402 6129

(D) tapak iklan VVIP - [ RM1,200 @ 6 BULAN] DIBUKA UTK DITEMPAH

Tawaran kadar rendah promosi akhir tahun. HUBUNGI KAMI UNTUK KADAR BARU PAKEJ JIMAT PALING CRAZIE DARI HARGA ASAL !! email atau SMS kami : albanjari_online@yahoo.com @ 012-402 6129

[..] 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah !) Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka !

HOT ! KLIK BANNER DI ATAS UNTUK BACAAN SETERUSNYA [10.12.2009]

(E) siri blognovela karya wak albanjari !

Blognovela Terhangat! | GILA JANDA | Karya Agung alBanjari | Klik siri di bawah |
-Bacaan ini mengandungi unsur-unsur 18SXG-

siri 1 | siri 2 | siri 3 | siri 4 | siri 5 | siri 6 | siri 7 | ..?

KLIK BANNER - tamat[1DEC 2009] adli/P6P (2)

Create your own banner at mybannermaker.com!
TEMPAHAN DAN KURSUS - KLIK BANNER DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Hubungi inna 019-2166255 KLIK BANNER DIATAS. MESTI KLIK hari raya hampir tiba..!! [P6P(4)-JAN0110]

Anda Teruja ? Klik LINK untuk ke lokasi Niaga NORLAWA Beauty World [tamat-13DEC09]

PELUANG MENJADI USAHAWAN GLOBAL DENGAN MODAL HANYA RM35
TAMAT [26NOV09-25JAN2010]

tapak iklan VIP RM XXX untuk disewa. Tawaran Terhad !

(1) tapak kosong dibuka untuk tempahan. sms atau email kami, dapatkan kadar rendah promosi. albanjari_online@yahoo.com

Anda mahu melancong ? Melanconglah bersama keluarga ke Pulau Pangkor. Jom ! Ke Pangkor, bessstt..bangat ! tamat[28DEC-09]: klik URL untuk terus ke situs www.GerbangPangkor.Com [ AZMI 017-5945151 ] Klik banner dibawah !


E-DAGANG BIOSTEEN BARU DILANCARKAN | PRODUK DETAILS - KLIK BANNER DI ATAS | TAMAT 8 FEB2010 | HUBUNGI ZAM - 017 372 8708

IKLAN BERBAYAR RM450 untuk 3 bulan - [ Tawaran kekosongan TAPAK dibuka sekarang ] Saiz 480 x 190

MESTI KLIK-malam jumaat kliwon-P3P tamat-[20Dec-2009]

SUPER SAVER @ ALBANJARI - TAMAT @ MAC 2010

From ABO banner design
DESA PENGKALAN BANDARAYA | HATTA MANAGEMENT & SERVICES | TEL : 019-456 4627 / 016-5294534 FAX : 05-3223842 | http://HattaMS.blogspot.com | TAMAT 26 MAC 2010
From ABO banner design

Thursday, December 10, 2009

Siri Tangkap Hantu - Bahagian 1

Oleh : albanjari
Bulan lalu wak dihubungi oleh seorang imam dari Kampung Gajah, Perak. Besar hajatnya, sementelah dapat berbual, balun cukup-cukup sampai kredit tok imam tu kering kontang. Bukan salah wak yer! Hajat yang jarang diminta orang. Jika hajat nak menikah tu, dah biasa sangat. Begitu juga jika ber'hajat' kliwon dengan bini, kata orang, petik jari ajer, gelaplah bilik.

'ana nak mintak pertolongan sikit dari enta, harap enta tolonglah. Bukan pasal ana, pasal anak buah ana yang tinggal sama 1 taman dalam qariah ni..' lembut suara tok imam berbahasa. 'Tolong macamana tu, tok imamnyer..! ". tanya wak balik. ' pasal gaduh laki-bini, dah hampir sebulan dok bergaduh sesajaa..kisahnya pasal duit kena curik.., laki tuduh bini, bini pulak tuduh laki dia yang curik.., ana rasa kesian tengok depa tu, pada ana mungkin sebab 'toyol' kot? Apa pandangan enta dalam hal ini !' Tok imam tutup wacana, untuk beri laluan wak jawab la tu..! wak garu kepala wak yang tak gatal.

Disingkatkan cerita, maka wak cuba usahakan sekadar yang mampu untuk membantu pasangan yang bermasalah itu dengan meminta sedikit tempoh. Tok Imam tu bantai setuju saja. Macam wak pulak yang 'acting' jadi bomoh. Jangan dibuat pasal beb! letih kang nak bakar kemenyan hari-hari...nak bagi jin atau pendamping 'makan'. Makan pulak jenis memilih, bukan semua benda dia boleh telan, lagipun spesis jin ni jenis kenyang makan asap, tapi jangan pulak nak senang pi bagi 'dia' makan asap kereta atau motor kapcai hangpa tu, dia tak mau..asap tu banyak karbon dan sulfur, batuk kingkong kang jin tu dibuatnya. Buta saja kena penampar dengan jin, kesukaannya itulah, asap kemenyan ! Hmm..okay la tu, kalau ler jenis makan asap rokok, nak nyer asap rokok dari brand 'dunhill' ker, Salem highcountry ker, mau botak tuan jin jika dibuatnya dia belasah 4 kotak rokok 20 batang.., RM9.30 sen beb sekotak tu ! Itu baru sekor, kalau ada sedozen jin 'peliharaan' ? Tak pasal-pasal tuan hantu lak yang naik 'hantu'.

(II)
Cerah sungguh pagi ni, lepas dari turun tangga masjid subuh tadi, berseri-seri muka setiap orang sambil tunggu giliran dapat 'nasi derma' di warung Paklang Usop. Rutin pagi jumaat, ada saja hambaAllah yang murah hati belanja makan 1 warung setiap jumaat dan isnin. Bila dah ada yang ikhlas menderma tu, maka jangan pulak lokek nak tadah doa kemurahan rezeki utk hamba Allah tu ? Ameen !

Dari jauh dah nampak Pak Non (dah haji pun dia ni) parkir motor tepi pokok pelam tepi warung. Belum sempat wak nak tegur, Pak Non dah bunyi, " wak..sabtu ni free ker, ikut Pak Non, kita pi Kuala Gula, tangkap hantu raya ! Jangan lupa bawa kamera ' Lembut dalam keras jer bunyi ajakan Pak Non kali ni, kebetulan wak pun memang free, wak angguk setuju., sementara tunggu giliran nak dapat makan, layan borak dengan Pak Non. ' Budak Lie(ahlil tangkap hantu) tu dah 'tengok' tempat tu, tapi misi kali ni cukup bahaya, tempat tu pun keras.. ' Petang ni datang rumah Pak Non, ambik ayaq 'pendinding' buat minum dan mandi sebelum pi.., ingat tu ! Fuhh..lain macam punya 'preparation' nih..siap nak kena mandi ler pulak..tak mandi tak boleh ker ?

(III)
Lepas Isya', kurang lebih jam 9.30pm wak dah ada depan rumah Pak Non, di Taman Sri Tenggara. Semua 'peralatan' nampaknya tiada yang tercicir. Termasuk 3 bijik botol kaca, botol bekas minyak rambut cap TajMahal. Ala..minyak rambut yang kaler hijau tu laa.., waktu pagi, memang minyak tu 'tido', nak tunggu dia cair, tunggu tengahari sikit..bau jgn tanya..memang bau keling totok. Kecil jer botol tu, siap ada penutup gabus lagi. Benang hitam dan kain kuning 3 helai. Kepit kuku, dan jarum 'keling' 7 batang. Misi tangkap 'hantu' @ hantu raya paling 'keras' akan dilakukan kurang 4 jam dari sekarang. Dari cakap Din, umur hantu raya ni cecah dekat 700 tahun. Mak oi..tua kerepotnyer hantu ni. Wak cakap kat Pak Non, ' hantu raya ni jantan ker betina? Kalau betina mau sampai ke lantai apa tetek dia..!! Pak Non bantai ketawa..hahaha ! Tak tau !! kata dia pendek. Masing-masing bersemangat. Bang Lie and the team, akan bergerak dari Bagan Serai. Manakala wak dan Pak Non akan gerak ikut jalan K.Kurau-Kuala Gula.

Tiba tepat atas jambatan Kuala Kurau, tiba-tiba kereta wak berhenti tengah jalan. Tak kan habis minyak kot ? Baru semalam wak isi RM20 hinggit, tak kan dah kering. Wak tutup lampu, offkan air-cond, start engin. 4-5 kali start..alhamdulillah, hidup ! Yes..pelik la Pak Non, wak bersuara. 'batery weak la tu..hang tak buh ayaq kot ?' Pak Non pulak yang memandai-mandai meneka. Citt ! Persepsi kelaut, wak pakai bateri 'kering' laa., tak kena langsung. Pak Non..pasai apa kereta kita tak boleh gerak ? Gear dah masuk ni.., hang tekan la minyak..! Dah tekan dah ni..!! Ya kaa.. ?? Bersambung ke Siri 2 - Hantu Raya Paling Seksi - Perasan J-Lo !
______________
Siri Tangkap Toyol - Siri 1 | Siri 2 | Akhir

Jawapan Hadi Terkini !

Oleh : cyber-luncai
Tok Guru Hj Hadi (TGHH) sebenarnya telah lama menjawab segala apa yang terbuku dihati blogger-blogger yang masih lagi memutar-belit isu UG dan beberapa isu lain, agar menampakkan bahawa PAS itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Malangnya, ini hanya berlaku di Malaysia. Isu-isu lapok dicungkilkan kembali dan di'spin' agar matlamat si 'zalim' tercapai. Pelajar dan rakyat kita di UK telah lama faham dan jelas isu-isu tersebut. Tanpa masalah.

Isu-isu yang dijana semula untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pihak tertentu sebenarnya pernah dijawab secara tuntas oleh TGHH. Beberapa video jawapan yang dipetik dari sebuah channel youtube: "Islamic Home Media (IHMedia)" telah lama tersiar sejak 15 Jun 2009, sepatutnya menjadi salah satu rujukan asas kepada penggemar politik tanah-air.

Diharap pihak webmaster menjadikan video-video tersebut sebagai 'Sticky Video' dimuka depan blog anda semua, supaya tiada lagi isu-isu berbangkit dan di'spin' oleh puak-puak bathil, yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin PAS dan mengeji Presiden tanpa hujah yang tuntas. Kepada pengunjung, anda semua disaran menonton semua bahan media tersebut, terutama Part 7 (dimana isu UG disebut).

Sebanyak lebih daripada 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah!). Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka!




"SELAMAT MENONTON"

p/s: dapatkan siri video penuh di http://www.youtube.com/user/har1011
(*) sumber asal : http://cyberpoyo.blogspot.com/

Mencari damai, akhirnya kusut !

Oleh : dato'(anaksengat)
Kemelut di Kelantan sepatutnya semakin mereda setelah pimpinan utama PAS yang terdiri dari Presiden dan beberapa pimpinan utama menemui TGNA. Nasihat yang pastinya dari keputusan bersama itu sememangnya dilihat mampu mengurangkan kekalutan di Kelantan khususnya di PMB. Ia nasihat yang boleh dipatuhi dan diengkari. Namun menerima nasihat adalah satu tuntutan sepertimana memberi nasihat... TGNA memilih menerima sebagai tanda tawadhuknya beliau...

Namun nasihat kedua yang datang sebelum selesai nasihat pertama mungkin akan mengeruhkan suasana. Mahfuz diberitakan menasihatkan Arif Fahmi agar segera meletakkan jawatan melalui TGNA. . Tidak dipastikan sejauh mana kaedah nasihat atau desakan Mahfuz disampaikan. Apa yang jelas Rombongan Presiden yang terdiri dari timbalan Mursyidul am, Naib Presiden dan bendahari telah bertemu dengan TGNA dan berbincang dengannya yang melahirkan nasihat awal. Sungguh beradab cara menasihat seorang Presiden bersama rombongan kerana menghormati TGNA sebagai Mursyidul am.

Tidak jelas sejauh mana keperluan desakan agar seorang ketua pegawai eksekutif segera meletakkan jawatan. Beliau di nasihatkan dan beliau boleh membuat pilihan bila masa yang sesuai melepaskan jawatan. Apatah lagi ketua utama yang juga menteri Besar tidak membantah. Kelantan tentunya dibawah kawalan dan pengetahuan TGNA sebagai Menteri Besar. Barangkali di atas kesedaran bahawa TGNA lebih mengetahui dan berhak terhadap isu Kelantan, Presiden memilih membawa rombongan PAS Pusat . Itu tanda penghormatan. Tak tahu pula atas tujuan apa Mahfuz yang mencelah ditengah ? Rasanya dia tidak bersama rombongan Presiden menelui TGNA.

Sewajarnya pemimpin PAS lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Jangan penyelesaian menambahkan kekusutan. Isu yang sudah diredakan dibangkitkan pula oleh seorang pemimpin PAS. Apakah ia sengaja di hidupkan semula atau sekadar nak membuat kenyataan . Kita sememangnya akur Mahfuz seorang yang suka membuat kenyataan akhbar yang kadang kadang tidak melambangkan kebijaksanaan apatah lagi dalam zaman akhbar dan dunia maklumat yang terlalu banyak membawa fitnah. Tidakkah pimpinan telah menasihatkan agar dikurangkan sesuatu yang boleh dijadikan isu oleh musuh?

Apakah Mahfuz merasakan TGNA seakan tidak bijak membiarkan Arif Fahmi melewatkan perletakkan jawatan tersebut. Apa dan siapa sumber mahfuz hingga merasakan perlu menasihatkan TGNA sedemikian rupa.? Mengapa mesti ditambah tekanan kepada TGNA? Bukankah Mahfuz yang menasihatkan agar tidak diberi tekanan kepada TGNA agar meletakkan jawatan? Tidakkah nasihat ini beerti TGNA tak mampu mengemudi PMB dan maksudnya TGNA perlu meletakkan jawatan???

Apa ni Tuan Mahfuz???? Di satu masa nasihat agar jangan beri tekanan kepada TGNA namun di satu masa memberi tekanan kepada TGNA. Walaupun mungkin ia dinafikan sebagai tekanan... tapi mencampuri urusan orang lain adalah tanda kita rasa lebih bijak.... dan mengannggap orang itu tak bijak. Tidak mampu menangani masalah beerti perlu meletak jawatan? siapa menekan siapa sekarang???

Semoga selepas ini Mahfuz lebih cermat membuat kenyataan dan mencampuri urusan orang lain. Beliau adalah Naib Presiden dan bukan lagi ketua penerangan.

TGNA vs. Najib - Awas kamu !!

MB Kelantan, TG Nik Aziz akan terus mengangkat tangan ke langit luas berdoa ke hadrat Allah swt. Awas Najib, itu janji kamu kepada Kerajaan Kelantan berdasarkan kepada perjanjian asal yang dimeterai. Siapakah yang boleh menghalang beliau (TGNA) dan rakyatnya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta dinihari, biarpun secara sendirian ?

"Ingat, Jika Najib tak beri, beliau akan berdepan dengan kemusnahan, baca seterusnya KLIK IMEJ DIBAWAH.

sumber : Harakah cetak edisi terbaru

Dia bantai kami lebih teruk dari Pembangkang !

“SEMASA era Tun Abdullah, semua benda tak kena, tetapi beliau (Tun Abdullah) seorang gentleman, dia tidak bertegang leher. Sekarang dengan Najib, ada benda yang tak kena. Adakah dia hendak menjadi Perdana Menteri (sekali lagi)?” itu soalan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Nazri berkata begitu semasa melepaskan satu lagi ‘serangan’ ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kali ini disifatkannya sebagai ‘bapa segala racist’. Nazri sebelum ini menyifatkan Mahathir sebagai racist kerana bekas Perdana Menteri itu berkata modul kursus-kursus Biro Tindakan Negara (BTN) tidak perlu dirombak, berbeza dengan apa yang diputuskan oleh kabinet.

Mahathir memberi reaksi balas dengan berkata, Nazri sepatutnya meletakkan jawatan sebab beliau sendiri (Nazri) menganggotai UMNO, sebuah parti racist.

“Dia berkata saya di dalam parti racist, jadi secara langsung dia mengesahkan apa yang saya kata mengenai dirinya. Kalau dia kata saya dalam parti racist sebab saya ahli UMNO, dia pula tentulah bapa segala racist, dia presiden UMNO selama 22 tahun,” kata Nazri.

Nazri turut berkata, Mahathir ‘memberitahu kami, anda mesti menyokong kerajaan. Dia seorang PM yang ‘perfect’ dan saya tidak persoalkan itu. Hanya selepas bersara, dia menyerang kami. Apa yang dia buat sekarang? Kami semua menyokong dia dalam setiap keadaan dan selepas bersara, dia menyerang kami lebih teruk daripada pembangkang.”

(*) sumber - Paradigma

Wednesday, December 9, 2009

(Update) - Bila artis mengkritik doa TGNA !

klik untuk pembesaran imej

Oleh : albanjari
Wak bukan mahu mempertikaikan apa yang Hj. Aznil tulis di ruang kolum minggu lalu. Walaupun pada hakikatnya, hujah yang disampaikan beliau jelas dangkalnya, tetapi sekurang2nya beliau berani menulis dan mempersoalkan doa TGNA itu dari kacamatanya.

1 soalan sebelum wak meneruskan penulisan ini. Soalan ini ditujukan kepada Hj. Aznil, dalam isu yang beliau tulis, mengapa beliau tidak menganalisis serta mengulas doa TGNA secara keseluruhan, bukan sekadar ambil sekerat-sekerat, Kenapa beliau tidak ulas dan sebut doa-doa TGNA yang meminta dan memohon kepada Allah swt. diperbetulkan jalan berfikir PM supaya menerima Islam yang syamil ?

Dari sudut islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh islam !

Malah jika kita membuka himpunan hadis dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini,
" Wahai Tuhan, tolong balas bala, keatas orang yang zalim". Maksud doa yang hampir sama ini juga terkandung dalam Qunut Nazilah yang berbunyi " Wahai Tuhan, musnahkanlah golongan kafir dan munafik",
dan kita juga wajar untuk faham bahawa selain dari orang kafir yang nyata, orang munafik juga ramai. Menafikan hak yang wajar dinikmati oleh seorang hamba yang lain adalah dikira zalim. Begitu juga dalam soal royalti minyak Kelantan. Isu ini sangat jelas lagi terang. Tidak perlu berlampu suluh untuk menyatakan bahawa itu memang sudah mutlak hak kerajaan Kelantan. Mengapa mahu ditahan-tahan dengan seribu alasan.

Apakah hal ini tidak diketahui oleh PM, dan salahkan bagi TGNA mengangkat tangan menadah doa kepada Allah diatas sikap zalim pemerintah berkaitan isu royalti ini ? Ini bukan soal politik Hj. Aznil oi, ini soal hak dan kezaliman pemerintah.

Pesan wak, jangan menjadi zalim dan menzalimi diri sendiri ketika menulis, buat Hj. Aznil cuba fahamkan maksud Hadis dibawah yang bermaksud,
" Takutlah kamu kepada doa yang dizalimi, biarpun dia itu seorang kafir, sesungguhnya diantara Allah dan si kafir (yang dizalimi) yang berdoa itu tiada hijab(halangan) antaranya", (sahih Al-Jaamii:119)
Jika sudah begitu kata maksud hadis terhadap doa orang kafir kepada Allah, apatah lagi doa orang mukmin disisi Allah ? Memang wajar media perdana sensasikan isu doa ini, kerana jelas 'ketakutan' yang berganda-ganda bukan sahaja kepada 'mereka-mereka' itu, malah bukan setakat artis digunakan, mufti juga turut dihumban sama untuk melontarkan bahawa doa itu tidak islamik dalam konteks negara ini. Ia disensasikan kerana 'doa' itu jika dimakbulkan pasti akan menimpa tubuh badan dan kepala jemala mereka yang sebenarnya. Mereka ketakutan !

(*) Untuk Hj. Aznil, wak minta tuan 'kunci' hadis akhir yang dituliskan itu buat renungan haji, bukan sekadar mengunci lirik di Astro. Ingat tu ! Blog Haji Aznil boleh dilayari di SINI.

Apa kata ahli Umno yang miskin ?

Oleh : albanjari
Memetik sumber dari Paradigma, tulisan Haji Banang berkaitan kandungan sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.

Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.

Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion. Buku itu, yang ditulis oleh Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.

Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah konglomerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.
_______
*Namun pelaburan konglomerat itu tidak terdasar kepada golongan ahli-ahlinya yang miskin seperti dalam gambar ini. Kesian ahli miskin Umno ini. Cerita lanjut klik di sini.

Bila disebutkan 'konglomerat' mungkin hanya golongan terbatas seperti foto dibawah ini yang dipandang tinggi oleh pemimpin Perikatan khususnya ketika itu, kini dan selamanya. Sebahagian dari gambar-gambar rumah Dato Mukhriz yang dirakamkan ketika "house warming" suatu masa dahulu.

Terkedu pakcik ahli Umno seumur hidup tu bila ditunjukkan 2 keping foto dibawah kepadanya ketika kunjungan ke-2 tempohari. Jangan terperanjat jika beliau ada umur dan bertemu PRU13, pangkah pakcik ini tidak lagi untuk Umno kerana Umno busuk hingga ke usus, chedet kata.






Ini bapak Mukhriz.Kenai kaa ??

Tuesday, December 8, 2009

Mesyuarat PAFA - Memang Mengejutkan !

Oleh : albanjari
Memang mengejutkan ! Khabar angin sebelum ini yang menurut sumber, mahu menyingkirkan Nizar selaku Presiden PAFA terpusing 360 darjah. Langsung tidak kedengaran suara-suara yang tidak berpuashati ketika mesyuarat itu berlangsung petang tadi. Jika ada pun, hanyalah kehadiran kelibat bekas Presiden Kelab Peminat, saudara Jamil Osman yang dipecat.

Beliau hadir untuk mendapatkan penjelasan mengapa beliau dipecat. " dah engkau selalu belasah Presiden kaw-kaw, macamana engkau nak kerja dengan Presiden ? Lagipun pemecatan tersebut turut dipersetujui oleh Ahli Majlis..so lu pikir la sendiri ! ". Sebenarnya Nizar cukup terbuka dalam menangani masalah yang ditimbulkan oleh beliau itu, sehingga tiada pilihan selain dari memecat Jamil dari jawatan tersebut.

Kredit foto dari blog Sendiri-mau-ingat

Sesuatu yang juga mengejutkan ialah harapan yang diberikan oleh Presiden FAM Malaysia yang memberi sokongan penuh kepada YAB Hj. Nizar agar berusaha memulih semula prestasi bola sepak Perak seperti sebelum ini yang cukup gagah dan mengerunkan. Malah Tuan Presiden sendiri cukup yakin bahawa YAB Hj. Nizar mampu memajukan sukan berprestij ini dengan lebih mantap seterusnya mengangkat semula skuad Seladang diantara pasukan yang digeruni kelak.

Peruntukan RM1,500 yang akan diberikan kepada pasukan bola sepak daerah tentunya cukup mengembirakan. Kemeriahan bola sepak di setiap daerah di negeri Perak ini sudah mula dirasai hangatnya apabila mesyuarat petang tadi memutuskan bahawa pertandingan bola sepak untuk merebut Piala YAB Hj. Nizar akan dimulakan seawal tahun 2010 yang bakal tiba.

Hutang PAFA ? Usaha dan sokongan semua pihak sebelum ini melaksanakan kutipan derma tabung benar-benar telah berjaya melunaskan hutang2 lapuk yang ditinggalkan oleh mereka sebelum ini, malah ia dapat dikurangkan, hutangpun sudah tinggal sikit ajer lagi. Tahniah kepada semua penyumbang tabung tersebut.

Tunggakan bayaran kepada 5 pemain dan jurulatih yang tertunggak juga dapat diselesaikan. Apa yang membanggakan semua pihak ialah ketika semua ahli Majlis dan Presiden PAFA keluar dari bilik Mesyuarat petang tadi benar-benar membuahkan senyuman, bukan hanya peminat sahaja yang tersenyum malah semua yang hadir dalam mesyuarat petang tadi cukup berpuashati, dan wajar benar wajah2 mereka tidak lekang dari tersenyum puas. Syabas buat semua Ahli Majlis dan YAB Presiden PAFA, Haji Nizar..Tahniah dari kami, penyokong tegar skuad Seladang.

Selamat bertempur buat Skuad Seladang untuk musim Piala Malaysia 2010 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dengan sokongan dan komitmen dari Presiden Kelab Penyokong yang akan dilantik, sudah pasti aura dan semangat pasukan akan lebih terserlah dan berdaya sungguh yang tinggi. Kejor Yop Kejor !

(*) sumber tulisan diperolehi daripada blogger Rosli Gopenghagen yang berada disepanjang perjalanan mesyuarat dan Sidang akhbar petang tadi. Terima kasih syeih, kerja tuan sangat dihargai dalam menyalurkan maklumat terkini untuk pembaca sekelian. lagi artikel berkaitan di sini